PELIK BIN AJAIB! INILAH SEBABNYA IPOH TAKDE BANGUNAN TINGGI! MESTI BACA

Selama ini aku dok ingat Ipoh memang tak nak buat bangunan tinggi-tinggi. Ingatkan memang saja la kot, rupa-rupanya DCA tak bagi! Aik!? Pasai apa? Nak kata Ipoh ada banyak flight, rasa aku takde pun.

Yang ada pun cuma Firefly je, Air Asia pun takde, so kalau korang nak tau apa kisah sebenarnya, kat bawah Dr Zambry selaku MB Perak memberikan penjelasan:

Kerajaan negeri meminta pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) agar mengkaji semula larangan pembinaan bangunan tinggi di bandar raya Ipoh.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata arahan yang dikeluarkan DCA sebelum ini telah merencatkan pembangunan bandaraya dalam memperbanyakkan lagi binaan bangunan tinggi.

Tambahnya, larangan itu wajar dipertimbangkan semula berikutan ia menyukarkan usaha kerajaan negeri merangka pelan pembangunan di bandaraya itu.

Kita sudah rancang pelbagai pelan pembangunan namun tidak dapat dilaksanakan ekoran larangan inikita merasakan adalah wajar untuk DCA pertimbangkan semula.

Pelan pembangunan di bandar raya Ipoh sejak kebelakangan ini sukar untuk dilakukan dan ia merencatkan pembangunan bandar raya Ipoh, katanya lagi.

Justeru katanya, kerajaan negeri minta DCA supaya mengkaji semula larangan itu bagi memudahkan pihaknya membuat perancangan untuk membangunkan Ipoh menjadi sebuah bandar raya yang serba moden termasuk memiliki bangunan tinggi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Ipoh, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri sudah sedia maklum dan memahami larangan membina bangunan tinggi di kawasan sekitar Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah berdasarkan kepada faktor keselamatan awam.

Kita faham apa yang terkandung dalam peraturan un! tuk lalu an udara di Ipoh tetapi kita tidak boleh dinafikan hak untuk membina bangunan tinggi.

Larangan ini sudah tidak relevan digunakan..kita bukannya bina bangunan di hadapan laluan utama atau mengganggu laluan utama udara, katanya.

Tegasnya, larangan ini wajar dipertimbangkan semula selari dengan visi dan misi kerajaan negeri dalam mencapai pembangunan pesat dan negeri membangun.

Ramai kontraktor, pemaju hartanah dan hotel melihat potensi besar di negeri ini dan mereka juga telah menyatakan minat untuk membina bangunan tinggi di Perak, katanya.

Sumber: Perak Today

No comments: