PANAS BERAPI! GAME PERKAUMAN YANG DIANJUR PKR MEMAKAN DIRI!

HINDRAF menarik kembali penyertaan mereka dalam A.B.U yang dipimpin oleh CheguBard dengan alasan tidak mahu dipergunakan untuk menjayakan RACISME ke atas masyarakat India. Ini berikutan kejadian yang berlaku di Kampung Jalan Kebun sehingga menyebabkan salah seorang daripada anggota HINDRAF cedera kena belasah.

Dari awal lagi telah dikatakan, HINDRAF sememangnya dipergunakan oleh PKR dan CheguBard dalam kempen berkenaan. Untuk apa membawa anggota-anggota HINDRAF berkempen di perkampungan seratus peratus Melayu dan beragama Islam pada waktu maghrib kalau bukan CheguBard dan PKR menjadikan HINDRAF sebagai umpan untuk menvcetuskan rusuhan kaumyang lebih besar?

Apatah lagi berdasarkan daripada laporan orang HINDRAF sendiri bahawa pemimpin-pemimpin PKR dalam dewan tersebut hanya menjadi penonton apabila orang kampung yang berang kerana protocol keagamaan mereka terganggu dengan ceramah dan provokasi yang dilakukan lebih awal oleh HINDRAF yang hidung mereka diletakkan tali dan diheret oleh CheguBard.

Dari situ sahaja sudah cukup untuk memberikan bukti bahawa CheguBard dan PKR telah merancang dari awal agar ada di kalangan anggota HINDRAF kena belasah dan apabila itu berlaku, merekalah yang pale gembira kerana beranggapan provokasi mereka telah berjaya.

Apabila HINDRAF menarik balik penyertaan mereka bersama-sama A.B.U, walau atas alasan apa joke yang diberikan, ia sudah cukup untuk menggambarkan kesedaran tentang taktik PKR yang menjadikan mereka sebagai kambinghitam untuk PKR mendapatkan sokongan serta pengaruh di kalangan masyarakat India.

Taktik menyalahkan pihak polis bagi melindungi maksud tersebut, memang keterlaluan. Apatah lagi polis hanya diberitahu tentang insiden yang berlaku dan tidak dimaklumkan lebih awal t! entang c eramah yang hendak diadakan oleh PKR di dewan Kampung Jalan Kebun.

INDIA DISURUH PROVOKASI ORANG MELAYU DI PERKAMPUNGAN MELAYU DAN PADA WAKTU MAGHRIB?... bahaya benar permainan CheguBard dan PKR!!!

HOUSE PK: Ini aku petik dari blog Kickers! Akhirnya 'game' CheguButt memakan diri! Tapi apa pun, kita semua kena hati-hati dengan mainan sentimen perkauman oleh PKR dan DAP ni, aku percaya lepas ni banyak lagi yang mereka akan buat!

No comments: