CILI KASI TARUK! NGEH SUDAH KECUT PERUT DENGAN SAMBUTAN PM DI SITIAWAN!
Ngeh Koo Ham sudah banyak takut la sebab dia tak sangka yang begitu ramai akan turun dalam program PM di Sitiawan. Apakah ini petanda Ngeh akan terkubur di tempat sendiri? Mari kita baca apa yang ditulis Perak Today kat bawah ni:
Lautan manusia yang membanjiri padang Lapangan Terbang Sitiawan, malam tadi untuk memeriahkan Majlis Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2012 menyebabkan pembangkang, khususnya Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berasa semakin bimbang kerana rakyat tempatan kembali menyokong program Barisan Nasional (BN).
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata Pengerusi DAP Perak itu begitu sibuk mengeluarkan ungkapan dalam laman sosial Twitternya bahawa hanya 10,000 pengunjung yang hadir.
Ngeh seolah-olah tidak percaya dengan kehadiran lautan manusia yang berkunjung ke majlis Rumah Terbuka Mala! ysia Tah un Baru Cina di Sitiawan, malam semalam.
Program ini diadakan di kawasannya dan sudah pasti beliau bimbang apabila begitu ramai rakyat yang datang memberi sokongan kepada majlis itu, katanya kepada pemberita di Ipoh, petang tadi.
Terdahulu, Zambry menyerahkan geran Bajet 2012 bernilai RM3 juta kepada Rukun Tetangga, Kelab Guru dan Rela di seluruh Perak.
Selain itu, Ngeh juga katanya, menafikan kenyataan sepupunya, Nga Kor Ming mengeluarkan perkataan Hitam Metalik kepada Menteri Besar Perak, sebaliknya ditujukan kepada kereta Camry.
Itulah sikap Ngehbeliau mengatakan kenyataan Hitam Metalik itu bukan ditujukan kepada saya tetapi kepada kereta Camry sedangkan secara jelas Nga memaki-hamun saya menggunakan perkataan itu, kata Zambry lagi.
Read more...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment