Protes harga tidak semudah enggan membeli, tidak menonton Hassan Mohd Nor

31 OKT Hasrat Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mewakili 1.3 juta penjawat awam mahu melakukan protes senyap mendapat sokongan banyak pihak. Ini termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mewakili pekerja sektor swasta serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Protes senyap itu dijadualkan mulai November (esok) bagi menunjukkan bantahan terhadap kenaikan harga barangan terutama ayam.

Reaksi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob pula ialah rakyat boleh memboikot barangan tertentu yang dinaikkan pada harga tidak munasabah bagi menangani sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab serta ingin meraih keuntungan berlipat ganda. Menurut Ismail Sabri, pengguna boleh mencontohi sikap rakyat di negara maju yang bijak menggunakan hak mereka bagi memprotes kenaikan harga sesuatu barangan walaupun tidak ada penguat kuasa. Pengguna yang mengawal dan menentukan kenaikan harga barangan. Memang benar kata Ismail Sabri, rakyat tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata untuk melindungi hak mereka, tetapi perlu bijak menggunakan hak mereka agar peniaga tidak berani mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.

Apakah pengguna di Malaysia bersedia atau sanggup menggunakan hak mereka? Adakah semudah tidak membeli, tidak makan atau tidak menonton jika harga yang ditawarkan mahal atau keterlaluan? Biasanya jika sudah teringin sama ada mahu makan, memakai dan menonton, soal harga diketepikan seketika. Lebih-lebih lagi bagi peminat bola sepak. Malam kelmarin, 70,000 penonton memenuhi Stadium Shah Alam bagi menyaksikan last Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan walaupun sebelum itu timbul bantahan mengenai harga tiket RM50. FAM pula tidak kisah kalau peminat nak memulaukan last itu jika harga tiket yang menjadi masalah kepada peminat. Akhirnya, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan memberi diskaun RM20 manakala Terengganu pula memberi potongan 50 peratu! s. Itu s oal menonton. Dulu timbul hasrat Astro menyelaraskan bayaran langganan tetapi mendapat bantahan. Tetapi apabila Astro memperkenalkan pakej yang menarik, ramai pula yang melanggan. Menonton sudah menjadi keperluan. Maka tidak hairanlan, di mana-mana ceruk sekalipun Astro menjadi pilihan. Itu hasrat orang menonton.

Bagaimana pula dengan barangan keperluan atau makanan? Apakah kaedah yang akan digunakan bagi "memaksa" peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati? Presiden Cuepacs, Omar Osman menyarankan supaya penjawat awam mengurangkan kekerapan ke pasar selain mencari alternatif yang lebih murah bagi membantah tindakan peniaga menaikkan harga barangan tanpa sebab munasabah. Ketika ini harga ayam melonjak disebabkan bekalan yang tidak normal. Kenapa bekalan menjadi masalah? Mungkin Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ada jawapannya. Tidak lama dulu kita pernah mendengar anak ayam dibakar atau dibuang kerana terlebih bekalan. Nampaknya ada masalah apabila bekalan berlebihan atau berkurangan. Semuanya serba salah.

Bagi pihak kerajaan pula, kita menghargai usaha kementerian mengambil pelbagai langkah bagi membantu rakyat mendapatkan harga berpatutan. Jika dulu ada Kedai Harga Patut kini ada Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M). Walaupun jumlahnya belum begitu banyak tetapi pengenalan kedai ini sekurang-kurangnya dapat membantu pengguna di kawasan bandar yang begitu terasa dengan harga barangan keperluan harian mereka. Apa yang diharapkan, harga dan kualiti yang ditawarkan di- KR1M ini akan terus dipantau supaya matlamatnya tidak terjejas. Langkah ini juga dilakukan oleh beberapa pasar raya besar dengan membungkus sendiri barang-barang tertentu dengan harga yang lebih rendah berbanding barangan berjenama.

Baru-baru ini, satu lagi langkah diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi membantu rakyat. Coop 1 Malaysia atau Coop1M melibatkan 500 koperasi seluruh negara menawarkan harga 24 jenis barang keperluan pada harga lebih rendah dan pada masa yang sama! kualiti nya juga setanding dengan produk berjenama. Khabarnya harga yang ditawarkan adalah 30 hingga 40 peratus lebih rendah daripada harga produk berjenama. Menjelang 2012 sebanyak 150 jenis barang termasuk barangan penjagaan diri akan dimasukkan dalam senarai Coop1M ini.

Apa yang diharapkan KR1M dan Coop1M ini dapat membantu rakyat yang mahu berjimat atau mengurangkan belanja harian. Tidak kurang juga pengguna yang tidak peduli dengan harga barangan apabila mereka keluar membeli-belah. Samalah juga apabila mereka berada di restoran atau kedai makan. Walaupun ada pilihan mendapat harga yang murah dan berpatutan, tetapi kebanyakannya "malas" untuk "berkira" dengan harga ini apabila memilih makanan.

Mereka sanggup bayar lebih untuk melayani selera makan.

Dalam hal ini juga, kerajaan memperkenalkan gerai makanan yang berpatutan. Menurut Ismail Sabri terdapat 1,050 gerai makanan Menu 1 Malaysia di seluruh negara. Jumlah ini melebihi sasaran 1,000 section sehingga akhir tahun ini. Malangnya ada juga pihak yang mempertikaikan kehadiran Menu 1 Malaysia ini yang menawarkan sarapan RM2 dan makan tengah hari RM4. Mereka sanggup mencari "silap" seolah-olah mahu memperkecilkan kedai seumpama ini.

Menu 1 Malaysia ini sebenarnya mampu dilakukan oleh semua pihak yang mengendalikan restoran atau kedai makan. Cuma bezanya keuntungan yang diperoleh. Pelbagai alasan diberikan apabila ditanya mengenai harga makanan atau minuman ini. Ada yang mahu mendapat untung lebih kerana mahu membayar gaji pekerja, kadar sewa kedai/restoran yang tinggi, harga bahan mentah mahal dan macam-macam lagi.

Maka tidak hairanlah ada yang tidak peduli menikmati teh tarik pada harga RM2, sepotong kuih RM1.20, nasi lemak bungkus RM2, mi kari RM7 dan sebagainya di kedai/restoran yang terletak di pusat membeli-belah atau tumpuan ramai. Rasanya lebih kurang sama sahaja dengan gerai di luar. Bagaimanapun mereka ini sudah "terbiasa" dengan harga itu kerana memikirkan prestij atau kedudukan kedai makan/restoran berkenaan.

!

Sebal iknya, mereka ini akan merungut apabila minum dan makan di gerai tepi jalan atau restoran mamak. Mulalah mereka merungut mengenai harga yang dianggap tinggi. Mereka tidak mampu menerima harga teh tarik RM2, kuih RM1.20, nasi lemak bungkus RM2, mi kari RM7. Kedudukan atau standard memisahkan harga makanan dan minuman ini.

Tetapi bagaimana jika mereka yang menjual makanan dan minuman ini turut menumpang harga berpatutan di KR1M atau Coop1M? Atau mereka sebenarnya mendapat harga borong yang lebih rendah berbanding harga pasaran? Utusan Malaysia

* This is a personal opinion of a writer or publication, and does not necessarily represent a views of The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider :: Side Views

Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: