by Sheih on Oct 12, 2011
Hanya kerana ada usaha di dalam PAS untuk melaksanakan Hudud. Hu Pang Chow mempunyai puluhan alasan untuk benar-benar tinggalkan PAS dan tidak semestinya dia perlu tinggalkan PAS hanya kerana Hudud.
Setelah beberapa minggu mendiamkan diri dan hanya menyiarkan posting-posting yang dipetik dari pihak ke tiga, hari ini saya merasa masanya sudah empuk untuk saya menulis tentang pendapat saya sendiri.
Berbalik kepada kontroversi yang melanda Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Sdr Hu Pang Chow baru-baru ini berhubung kemungkinan dia meninggalkan Parti Islam itu kerana isu hukum hudud, saya yakin dengan penafian Pang Chow. Sebelum ini Pang Chow telah melahirkan banyak kekecewaannya terhadap PAS Kelantan terutamanya di dalam banyak isu. Bagaimanapun, disebabkan isu tersebut tidak memanfaatkan pembangkang di Kelantan umumnya, maka pendirian Pang Chow tidak mendapat liputan meluas. Antara kekecewaan Pang Chow ialah kegagalan Kerajaan PAS Kelantan yang telah memerintah negeri tersebut sekian lama menjalankan reformasi di dalam enakmen-enakmen negeri yang berhubung dengan urusan tanah. Tiada siapa dapat menafikan peranan Pang Chow di dalam membawa masuk pelabur dari luar Kelantan dan dari kalangan usahawan Tiong Hua untuk membantu membangunkan Kelantan. Namun kerenah birokrasi dan enakmen-enakmen tertentu yang lapuk dan firm membuatkan ramai pelabur tidak selesa atau berhadapan dengan masalah di pertengahan jalan.
Ini adalah diantara sebab yang mengeruhkan hubungan Hu Pang Chow dengan Dato' Anuar Tan, Ahli Majlis Kerajaan Negeri dan wakil rakyat yang memikul mandat rasmi masyarakat cina di Kelantan. Sehingga pada suatu ketika, ada ura-ura mengatakan Hu Pang Chow bersedia untuk berdepan dengan Anuar Tan di dal! am mana- mana medan politik termasuk meminta Anuar Tan memberi laluan kepadanya di dalam pilihanraya umum akan datang.
Pang Chow sendiri didakwa pernah diumpan dengan perlantikan sebagai senator oleh sebuah parti politik yang mewakili masyarakat cina tetapi menolak kerana perjuangannya memartabatkan keadilan dan kesaksamaan bukan boleh digalas ganti oleh mana-mana habuan dan jawatan. Maka mengapa perlu Pang Chow tinggalkan PAS dan sebuah badan yang diasaskannya semata-mata kerana isu hudud?
Isu hudud sebenarnya satu barah membahayakan PAS, DAP dan Pakatan Rakyat. Keikhlasan PAS melaksanakan hukum hudud sentiasa menjadi persoalan kerana Nik Aziz sendiri sering mencari alasan untuk tidak melaksanakannya daripada menjadi hukuman hudud satu kenyataan di Kelantan. Sejak enakmen Kerajaan Negeri dipinda pada tahun 1993 untuk melaksanakan hudud, Nik Aziz lebih suka berdebat mengenai isu halangan-halangan yang diberi atau lebih jelas, bakal diberi kepada kerajaannya di dalam melaksanakan hudud. Yang peliknya, sikit sekali pula usaha disusun dan digembeleing kearah usana membolehkan hudud dilaksanakan. Mengapa?
Tentu sekali Pang Chow lebih selesa dengan taktik PAS sebelum ini. Dan mungkin juga Pang Chow adalah sebahagian daripada taktik dan strategi tersebut. Tidak mustahil penentangan pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS adalah bagi membuka jalan keluar kepada Nik Aziz supaya hudud boleh lagi digunakan sekadar sebagai isu politik bagi PAS di setiap pilihanraya umum yang akan menjelang, Apapun pendirian Pang Chow, kita perlu yakin diatas keikhlasannya mencintai PAS. Tidak perlulah ada pihak di dalam PAS yang perlu mencurigainya.
Like this:
Be the initial to similar to this post.
No comments:
Post a Comment