Lapuran Ketua Odit Negara- kenapa kita bising2


Saya mendapat komen yang panjang lebar dari sahabat blog saya, Encik Walla. Oleh kerana saya inginkan memanafaat fikiran bernas yang ada dalam komen tersebut untuk di kongsi oleh seramai mungkin pembaca, maka saya menterjemahkan komen tersebut kedalam bahasa Melayu. Mudah mudahan, selaras dengan saranan dan pegangan MP Pagoh, ianya memperkasakan bahasa Melayu.

Begini bunyi nya komen Walla.

Pendedahan yang memualkan oleh lapuran ketua odit negara( LKON) membatalkan semua rasa gembira dari bajet 2012. Malahan, pendedahan tersebut telah mengukuhkan lagi persepsi bahawa kerajaan yang di pimpin oleh UMNO secara sistematik membohong dan menipu rakyat setiap tahun hanya untuk memperkayakan imam2 perang UMNO dan Napoleon2 kecil.

Pengundi2 simpanan tetap- penjawat awam, guru, bekas tentera dan polis serta petani yang akan mendapat faedah dari bajet 2012, menikmati itu semua diatas penghukuman yang di kenakan keatas sektor swasta dan akan memudaratkan aliran tunai masa depan negara ini. Semua mereka ini yang akan menerima imbuhan jawab lah sendiri sama ada bolehkah mereka mendapat durian runtuh itu semua, tanpa r! ompakan dan samun yang berleluasa yang tidak di bendung?

Dimana mereka dapat menunjukkan muka ketika mereka menadah tangan menerima imbuhan yang disebut dalam bajet 2012? Bagaimana rupa wajah sang guru wanita ketika dia mendapat gaji baru sambil menyatakan bahawa harap harap gaji bertambah tidak bermakna kerja pun bertambah?

Sektor swasta yang menyumbang jumlah cukai untuk membiayai pembelian kerajaan sekarang akan berfikir dua kali sama ada mereka mahu tulus terus membayar cukai kepada kerjaan yang hanya pandai memutar belit, cuai, mencuri dan bercakap soal perkauman yang ekstrim.

Mat Salleh yang menjadi pakar runding pembentukan imej PM Najib akan mendapati tangan nya terlalu penuh. Bagaimana dia mahu menunjukkan bahawa Najib ok manakala sekeliling Najib kucar kacir? Pinjam tongkat sakti Hermione? ( Hermione ialah watak budak perempuan yang bersama dengan Harry Potter). Memakai minyak pati SK-11? Atau suntikkan botox keatas pentadbiran Najib?

Sejak awal lagi, rakyat di beritau dengan tegas bahawa kita akan menjadi sebuah negara kaya dunia pertama; sebutan yang menyukakan seperti transformasi, kerajaan yang mengambil berat dan perihatin, 1 Malaysia, dan sebutan2 rengkas Pemandu tumbuh seperti buih untuk menggambarkan aura kemajuan dan kejayaan. Tapi sebenarnya, di belakang tabir, mereka membohongi rakyat yang di janjipalsukan dengan masa depan yang bersyuragaloka di bawah pimpinan UMNO.

Dari proksi perniagaan dalam GLC GLC kepada pemalsuan harga yang menjahanamkan, UMNO telah menipu dan mencuri dari rakyat negara ini dan melemahkan semua sektor2 ekonomi kita.

Suatu ketika dahlu, kita mempunyai system kawalan dalaman. Kita ada undang undang serta peraturan dan protocol. Semua ini di laksanakan tanpa rasa takut, berat sebelah atau berbau perkauman. Hari ini, terutama sejak rejim talam dua muka Mahathir, semua ini telah di anakkampangkan.

Sejajar sangat dengan tradisi lanun bugis dari Sulawesi, semua nya di halalkan asal sahaja status quo yang menyokong penyandang kerajaan di pelihara; dan mereka yang mempunyai kuasa dan kedudukan berada di atas undang undang dan peraturan. Undang undang dan peraturan hanya untuk rakyat bawahan dan orang biasa yang akan di momokkan dengan pelbagai cerita seram supaya memastikan yang berkuasa terus berada di tampuk kuasa.

Jika tidak, bagaimana kita menerangkan Dr Mahathir di kebalkan dengan selimut Teflon yang kalis peluru manakala professor Aziz Bari h! anya per lu di takutkan dengan sebutir peluru? Walhal, cacian keatas raja Melayu yang di lakukan oleh Dr Mahathir dahulu lebih dasyat dari yang termampu di buat melalui teguran seorang tokoh akademik. Pecacai UMNO yang mengencing para raja Melayu hari ini tampi! l kehada vessel konon menjuarai kemaksuman raja raja Melayu. Podah lah!

Sila beri kita jawapan bagaimana Piawai Ilahi boleh di peliharai apabila prinsip prinsip keadilan semua nya di korbankan untuk tujuan muslihat politik, kerakusan peribadi yang akhirnya mendedahkan hipokrasi dan permunafiqan bangsa Melayu untuk di perlihatkan kepada seluruh dunia. Dimanakan harga diri orang melayu? Malu orang Melayu menggelarkan diri mereka Melayu jika berpegang kepada hipokrasi UMNO ini.

Untuk apa semua hipokrasi ini?

Untuk mendapat bayaran swell pertama dari pembinaan hospital yang mengenakan caj RM 1 juta per katil?
Atau untuk mendapat pandangan dari seoang jaguh longkang yang berani memukul seorang insan lain yang tidak boleh mempertahankan diri sehingga lebam seluruh anggota dan mengorbankan hak seorang manusia lema! h mendap at perlindungan dari yang berkuasa dan gagah walaupun yang mengharapkan ehsan itu lain bangsa dan agama nya?

Sesungguhnya, bangsa Melayu kita sudah di beri makan dengan rerumput kebodohan oleh pimpinan zalim di negara kita.

Bayangkan-lapuran ketua odit negara utu hanya bahagian atas gunung salji sahaja. Ini yang termampu di kesan oleh pasukan odit negara dari maklumat yang ada dalam rekod dalam tempoh odit yang terhad ketika sentiasa dalam pemerhatian pegawai pegawai yang bermuka masam dan kemarahan.

Bagaimana pula hal hal yang mencurigakan yang hanya mampu di sahihkan dan di terangkan oleh kemahiran perakaunan dan rekod simpanan akaun yang belum sofistikated? Kita tidak boleh terangkan kecuali menyatakan, kita b! elum cuk up ilmu untuk menerangkan nya. Jika sektor swasta boleh mempunyai perkara perkara seperti pasaran bayangan, tidak mungkinkah sektor awam juga mempunyai perbelanjaan bayangan?

Bagaimana kah rakyat yang siuman akan mempercayai kerajaan ini walaupun sesaat.

Maka disini lah letak nya jawapan mengapa kita semua mesti bising apabila lapuran odit negara di kemukakan- sebab amanah rakyat sudah di cabul. Apabila amanah, keyakinan dan kepercayaan sudah di cabul, tidak ada harapan lagi un! tuk kita mengharapkan kerajaan ini akan melakukan yang baik dan ikhlas. Setiap waktu dan saat adalah satu lagi lembaran muka perlakuan jinayah yang akan hanya di inform dalam lapuran odit tahun hadapan.

Sebab itu lah sebagai contoh, walaupun berada sendiri dalam majlis tersebut, MP dari Bagan Datuk tidak boleh membezakan antara harga pasaran dan harga yang di bayar kepada kontraktor kroni UMNO. Perbezaan ini YB, bukan nya RM 6 tapi Enam Bilion Ringgit. Itu RM 6,000, 000,000. Enam Ribu Juta ringgit. Tentu YB fahamkan.

Bayangkan berapa banyak paket angpow hijau atau merah yang boleh terhitung oleh seribu jebat si anak tani yang membanting tulang dalam kerjaya masing2? Dan seorang bekas Komrad perjuangan rakyat menyifatkan inilah bajet yang terbaik kerana memuliakan para petani dan pesawah. Bersyukurlah kerana saudara komrad sudah terjumpa jalan pulang.

Adakah jumlah wang yang begitu besar akan mengalami nasib serupa seperti dalam projek2 kementeian pertahanan yang melibatkan antara nya, kapal selam yang tidak boleh tenggelam, kapal peronda yang terkinja kinja, tangki yang bocor, dan module latihan yang melibatkan alatan letrik di tempat yang tidak ada bekalan letrik yang hampir pula dengan ampangan yang dibina beratus juta Ringit yang tidak ada air! Hampir2 saya ingatkan yang jadi menteri Pertahanan ialah Samy Velu.

Pada masa yang sama, elok kita bertanyakan soalan, ketika lidah kita masih belum kelu, mengapa wang simpanan EPF rakyat di jadikan ah prolonged dan ceti yang membiayai syarikat2 tenat?

Adakah dengan memberi pinjaman2 raksasa kepada syarikat syarikat tertentu, tanpa jaminan bayaran semula dan di luar penglihatan pemegang saham dana ini yang sebenarnya- iaitu lebai malang rakyat biasa- adakah kerajaan berkata bahawa mereka telah mejumpai zikir atau jampi yang akan menghindari pencarum2 EPF dari malapetakan kerugian yang mengerikan?

Kalau lah pinjaman itu semua gagal di bayar, adakah kerajaan akan mengambil langkah mencitak matawang dari kilang percitakan matawang mereka di Shah Alam untuk menampung kekurangan dana caruman , atau sebagai langkah untuk menyokong gerakan hijau mengurangkan penebangan pokok untuk membuat kertas citak, kerajaan akan menggalakkan pencarum2 yang pencen supaya mati segera?

Atau adakah, dengan segala pembohongan ini, sebetulnya rakyat mampu menyimpulkan sikap sebenarnya kerajaan terhadap rakyat dengan satu sebutan? Iaitu:-

TiuuKauw

Rakyat sudah di liwat kau-kau, dan yang menyedihkan di screw oleh screwdriver yang harga nya juga harga bohong. Tiu Niamah Kahai!

Bila kita penat duduk di halaman rumah kerana di gigit nyamuk dan mengiang teliga dek cegkerik, kita pun menekan remote carry out telivisyen kita dan memasang TV. Kita lihat berita RTM1, saluran yang biasa nya kita cuba elak untuk menonton, kecuali kita mahu tonton bagaimana pembaca berita cuba sedaya upaya untuk senyum senyum palsu.

Di muka TV kita lihat budak Naza mengadakan siding akhbar untuk membina HUB kewangan KL. Kos pembinaan heart tersebut ialah twenty-five ribu juta Ringgit. Bagaimanakah syarikat yang medapat AP ini, dan dapatnya dengan cara yang menimbulkan! banyak pula keraguan memperolehi hak untuk menguasai projek ini? Ini tiba tiba timbul. Tidak ada proposal atau apa apa pun. Mengapa projek ini di beri kelonggaran membayar cukai selama 10 tahun, sama seperti penyewa dan ya habibi reside dari timur tengah yang di beri keistimewaan yang serupa? Ini reside dan penyewa yang jadi sahabat baik kepada budak cina yang bernama Jho Low yang mengangap Rosmah Mans! ur sebag ai kakak nya yang baik hati?

Dan di manakah nanti kita dapat mencari para perkerja yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris yang di perlukan untuk mengendali industry dalam heart tersebut, mereka yang kita perlukan untuk berinteraksi dengan orang lain dalam pasaran kewangan global, mereka yang kita perlukan untuk berhubungan dengan terminal Bloomberg dan yang akan membuat analisa power indicate macam budak2 Idris Jala?

Mungkin dari Pagoh, Bagan Latuk, Sembrong atau Jerlun agak nya?

Ini kah cara nya kita mencapai taraf ekonomi pendapatan tinggi? Dengan cara memalsukan harga proposal kepada suatu jumlah yang menyusahkan kita untuk menyebutnya sementara 90% dari rakyat terasa cubitan bisa beban inflasi yang meninggi tapi pendapatan yang mendatar? Atau mungkin rasa perit itu datang dari gula istimewa yang di beli dari kedai yang di langgani oleh giatMARA?

Perlu di ingatkan- bila kerajaan mengumumkan projek MRT yang berkos RM 50 billion, mereka menyatakan bahawa 90% kos nya akan di biayai oleh sektor swasta degan belanja kerajaan hanya 10%. Sekarang ini hampaknya, 100 percent belanja nya akan di sabsidikan oleh kerajaan dengan wang rakyat dan melalui pegambilan semula tanah terpilih dengan cara sama yang di pakai bila kerajaan mahu membina bangunan Matrade, iaitu satu lagi projek kroni Barisan Nasional!

Inilah cara nya bagaimana projek2 besar dalam negara ini di mulakan. Semua projek ini tidak akan di bina secara sempurna atau mengiku! t custom ary yang telah di persetujui. Yang menepati piawai dan customary 100% ialah memastika! n pelabu ran dan perbelanjaan kerajaan itu di salurkan kepada akaun makhluk halus yang bersembunyi di belakang tabir yang menghantar anak2 mereka ke sekolah antarabangsa yang terlalu tinggi kos nya untuk anak anak kita semua.

Inilah keadaan nya yang sebenarnya. Sekurang kurang nya, dahulu, mereka bertanggungjawab keatas perlakuan mereka. Sekarang mereka melakukan nya tanpa segan silu dan meludahi muka kita dan terus melakukan nya.

Jadi saya tanya soalan cepu mas ini? Adakah UMNO sudah berubah? Tidak mengapa- jawablah bila anda senang2.

Itulah sebab nya, di antara alasan mengapa kebobrokan yang di lapurkan oleh ketua Odit berlaku ialah kerana penjawat awam tidak tahu cara melakukan kerja2 mereka dan itulah sebab nya, mengapa, megikut KSN yang berasal dari kampong Ceruk Paluh Pekan itu, pegawai2 tersebut, pada tahun hadapan akan meninjau harga pasaran sebelum mereka membeli apa yang patut di beli.

Kepala hotak kau!

Apa yang perlu kita lakukan? Kita semua mesti bangun dari lamuman khayal. Lapuran OSK yang bertajuk Election Factsheet 20 Oct 2011 mempunyai dua peta. Peta2 ini menujukkan taburan jografi kerusi parlimen dan dewan undangan negeri. Manfaatkan nya dengan terbaik, awang weh!

Ingatlah- dalam tahun 2004, kawasan2 berwarna biru sudah di separuhkan di kawasan2 yang jumlah penduduk nya rendah manakala warna parti pembangkang menguasai semua kawasan2 yang ramai penduduk dan kawasan2 bandar. Apa kah yang sudah terjadi? Itulah yang di katakan tsunami politik. Rakyat jelata sekarang harus mara dengan cara ala pasukan kereta kebal.

Lakukan pukulan maut!

Manfaatkan mesin2 pemotong daging yang mahal2 seperti yang di lapurkan oleh ketua Odit Negara. ! Gunakan dengan terbaik, satellite, mechanism mainframe, pasukan kuda yang di beli tapi tidak boleh bersukan kuda, gunakan juga PATI dari seberang yang berbondong2 di angkut dengan bas serta di eskot oleh polis untuk segera di beri latihan keusahawanan supaya dapatlah mereka bersaing dengan bumiputera asal dengara ini. Enak sekali dong! Mampir lagi!

Betul atau tidak?

Posted by sakmongkol AK47
Malaysians Must Know the TRUTH

Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: