Pusat Pelacuran popular di Kelantan, tidak sampai setengah kilometer dari Pejabat Tuan Guru Nik Aziz
Pelacur yang dilanggan dari Lorong Limau Manis dalam operasi Johnson 2.
Pahat dengan pemukul? Atau makan gaji buta? Penguatkuasa di MPKB-BRI tidak perlu beri jawapan tetapi perlu terus bertindak.
KOTA BHARU 14 Feb. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, wujudnya kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan disebabkan kurangnya penguatkuasaan kerajaan tempatan.
Nik Abdul Aziz juga berkata, wujudnya kegiatan itu adalah juga hasilpeninggalan kerajaan dahulu dan beliau menyalahkan media massa yang mempengaruhi rakyat di negeri ini dengan budaya kuning.
Mursyidul Am Pas itu telah ditanya mengapa masih terdapat kegiatan perjudian nombor ekor dan pelacuran di negeri ini walaupun kerajaan negeri telah mengharamkan lesen premis berkenaan selepas mengambil alih negeri ini pada 1990.
"Kalau adapun, boleh jadi kerana kurangnya penguatkuasaan dalam membanteras kegiatan itu daripada berleluasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan twenty-four wakil masyarakat Orang Asli di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.
Pendedahan media beberapa hari lepas mengenai kegiatan maksiat itu telah memberi gambaran negatif dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan dalam melaksanakan konsep membangun bersama Islam.
Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz mahu pihak penguatkuasa di negeri ini menin! gkatkan langkah membanteras kegiatan haram itu. Bernama
Nik Aziz mempunyai kekuatan tersendiri di dalam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Ahli-ahli Majlis MPKB-BRI terdiri daripada individu-individu yang sangat rapat MB Kelantan itu. Bahkan anaknya sendiri, Ustaz Nik Abduh pernah beberapa penggal menjadi ahli Majlis MPKB-BRI. Peguam Nordin Nor yang juga dermawan untuk Parti PAS dan orang kuat Masjid Muhammadi turut duduk di jawatan itu. Bahkan, ahli Majlis MPKB-BRI terdiri daripada aktivis-aktivis penting parti PAS dan antara mereka ialah,
- Ustaz Abdul Rahman Yunus (Timbalan YDP PAS Kawasan Kubang Kerian)
- Haji Dr. Izani Bin Husin
- Wan Azimin Wan Adnan
- Mohd Nor Bin Mat Yajid
- Nor Hashiman Binti Deraman
Jabatan Kemasyarakatan MPKB-BRI pula diketuai oleh dua pegawai iaitu
- Tuan Haji Ropien Bin Hassan dengan jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat.
- Wan Mohd Sharafi Bin Wan Mustaffa dengan jawatan Penolong Pengarah Pembangunan Insan.
Pada dasarnya MPKB-BRI disandarkan kepada retorik yang hebat.
Visi MPKB-BRI
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam sebagai sebuah organisasi yang unggul akan membangun dan memajukan bandar Kota Bharu sebagai sebuah Bandaraya Islam yang bersih, indah dan berdikari berteraskan dasar Membangun Bersama Islam.
Misi MPKB-BRI
Membawa kemakmuran dan kesejahteraan hidup kepada warga kota dan mempertingkatkan kemajuan sosio-ekonomi serta memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi bandar Kota Bharu khasnya dan negeri Kelantan amnya.
Objektif
- Memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis supaya menjadi pihak Berkuasa Tempatan yang melaksanakan segala tindakan berasaskan perancangan yang teratur dan tersusun.
- Memperkukuhkan kewangan majlis dengan mempertingkatkan keupayaan jentera pungutan h! asil dan mengenal pasti punca-punca hasil baru.
- Mempertingkatkan perkhidmatan perbandaran dengan memberi penekanan kepada aspek kebersihan dan keindahan Bandar.
- Mempertingkat program pembangunan insan untuk melahirkan wargakota yang berwibawa seterusnya menyumbang ke arah pembangunan fizikal dan rohani selaras dengan Kota Bharu Bandar Raya Islam.
- Mengutamakan dan menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti dan program pembangunan majlis.
- Mempertingkatkan langkah-langkah pembasmian aktiviti maksiat dan kemungkaran dalam kawasan majlis.
Mengapa saya memilih untuk mengatakan ia satu retorik hebat?
Berikut adalah laporan yang dipetik dari laman sesawang PKB-BRI sendiri,
Operasi bersepadu antara jabatan telah diadakan pada 13/02/2011 jam 8.00 MLM 2.00 Pagi yang disertai oleh pihak MPKB-BRI, PDRM, Imigresen dan JAHEAIK. Operasi bersepadu ini turut diserti oleh Ustaz Zahiruddin garbage garbage bin Ahmad @ Mohd Zain (Ahli Majlis, MPKB-BRI) , En. Mohd Anis B Hussein (Setiausaha MPKB-BRI), Ustaz Azhar garbage garbage bin Abdul Satar (Pengarah Pelesenan, MPKB-BRI), Ust. Hj. Ropein garbage garbage bin Hasan (Ketua Penolong Pengarah Pembangunan masyarakat) dan beberapa kakitangan di jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI.
Operasi bersepadu yang telah dilaksanakan bagi mencegah kegiatan maksiat dan pelacuran di kawasan Perumahan terutamanya di limau Manis yang merupakan kegiatan yang selalu diambil tindakan oleh pihak berwajib. Antara jabatan yang sentiasa mengadakan operasi di kawasan ini iaitu pihak Polis D7, JAHEAIK, MPKB-BRI dan IMIGRESEN.
Walaubagaimanapun kegiatan ini tidak dapat dibendung secara sum kerana kebanyakan pelacur-pelacur mengulangi kesalahan yang sama walaupun mereka telah dihantar pulang ke negara mereka di Thailand.
Pihak JAHEAIK juga mengakui telah ramai dikalangan pelacur di kawasan tersebut di tangkap dan dikenakan hu! kuman, n amun mereka tidak serik walaupun telah dikenakan hukuman yang berat oleh pihak Mahkamah Syariah.
Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam pula sentiasa memantau kawasan ini khususnya pada malam malam operasi mingguan yang diadakan. Pelacur-pelacur yang ditangkap pernah dibawa ke pejabat Jabatan Pembangunan Islam untuk diberi kaunseling dan nasihat agar mereka menghentikan aktiviti terkutuk ini. Namun ibarat air dicurah ke daun keladi nasihat-nasihat ini tidak diendahkan oleh mereka. Kegiatan maknyah di kawasan tersebut juga pernah ditangkap dan diserahkan kepada pihak JAHEAIK untuk diambil tindakan lanjut.
Untuk membenteras kegiatan ini amat sulit kerana mereka dilindungi oleh tonto yang diupah oleh pelacur itu sendiri dan tidak kurang juga yang melakukan maksiat diluar kawasan ini dimana mereka dibawa oleh pelanggan dengan menggunakan kenderaan peribadi yang amat sukar untuk diekori.
Justeru itu operasi bersepadu yang telah dilaksanakan sebelum ini perlu dipergiatkan kembali pada tahun ini demi memastikan Bandar Kota Bharu benar-benar bersih daripada kegiatan terkutuk ini.
Laporan Operasi Pada 13.02.2011:
- Pada jam 9.30 malam 10.30 malam, anggota operasi telah pergi ke sebuah rumah kayu dua tingkat milik individu yang berlamat No.2660 E, Lrg. Limau Manis Jalan Hamzah Kota Bharu. Rumah ini telah disewakan kepada ibu ayam dan bilik-biliknya disewakan kepada pelacur. Anggota operasi telah menjumpai seorang perempuan warga Thailand yang disyaki pelacur cuba melarikan diri tapi berjaya ditahan. Anggota operasi memeriksa bilik-bilik di tingkat bawah dan tingkat atas dan telah menjumpai beberapa kondom yang telah digunakan.
- Tepat jam 10.45malam, pegawai operasi telah beralih ke D'Relax Station Jln. Zainal Abidin. Anggota operasi memeriksa premis berkenaan dan mendapati tidak ada pelanggan yang beragama islam yang berada di dalam premis ini. Yang ada hanya twenty orang pelanggan yang! bukan i slam sedang minum minuman beer. Lebih kurang sepuluh minit, Mereka telah meningglkan premis tersebut. Anggota operasi telah membuat pemeriksaan dan telah menyita kerusi, meja dan 1 peti (24 botol) minuman keras jenama Carlsberg kerana premis ini tidak ada lesen untuk berniaga dan menyediakan minuman keras.
- Jam 11.30malam, anggota operasi telah bergerak ke Cyber Caf PT.266 Tkt Atas, Jalan Merbau Kota Bharu. Premis ini sudah beroperasi selama dua bulan dan masih belum mempunyai lessen sah MPKB-BRI ketika serbuan dilakukan. Terdapat twenty orang pengunjung dalam premis tersebut yang keseluruhannya remaja berbangsa cina. Mengikut maklumat yang diterima, premis ini menjadi tempat perjudian dan telah dikhususkan kepada pelanggan yang tetap sahaja. Pihak MPKB-BRI telah berjaya menyita sebanyak twenty-three unit komputer.
- Jam 12.30 malam : Anggota operasi telah berada di Ralphs Laueren Bestro yang beralamat s/9-A-01-06 Pelangi Mall Jalan Pasar Lama Kota Bharu. Tarikh tamat lesen pada 31.12.2010. Anggota operasi telah Berjaya menyita sebanyak 27 unit (shisha) dan telah mengkompaun premis ini atas kesalahan tidak mempunyai lesen yang sah (shisha).
- Pada jam 1.15pagi : Anggota operasi telah membuat pemeriksaan untuk kali kedua yang beralamat No.2660 D&E, Lrg. Limau Manis Jalan Hamzah Kota Bharu. Anggota operasi membuat pemeriksaan di setiap dalam kawasan rumah yang pemiliknya tidak ada. Cuma yang berada di dalam rumah tersebut hanya ada anak. Anggota operasi melakukan pemeriksaan di setiap bilik dalam rumah tersebut dan telah menjumpai beberapa jenis VCD dan gambar-gambar lucah.
Selepas itu tiada laporan mengenai sebarang operasi baru oleh MPKB-BRI yang seolah-olah telah melepas tangan dan mengakui bahawa aktiviti tidak bermoral yang ditentang keras oleh Nik Aziz itu pasti akan berulang lagi, maklumlah bak respon penyokong-penyokong mereka, 'Di Mekah Pun Ada Aktiviti Pelacuran'.
Apakah MPKB-BRI hanya melakukan operasi bersepa! du setia p kali blog Kickdefella membuat pendedahan? Ini kerana operasi pada thirteen Februari 2011 adalah respons kepada pendedahan aktiviti maksiat yang didakwa oleh pihak yang terbabit sebagai 'aktiviti yang dilindungi oleh MPKB-BRI'. 'Dilindungi' itu cukup subjektif maknanya. Adalah mustahil mempercayai bahawa MPKB-BRI tergamak melindungi aktiviti tersebut.
Tetapi ini tidak semestinya MPKB-BRI tidak perlu mencari siapakah yang terbabit 'melindungi' aktiviti tersebut atau menggalakkan amalan 'tutup sebelah mata'.
Atau mungkin kerana sikap pahat dengan pemukul di MPKB-BRI?
Pada hari Isnin akan datang, blog Kickdefella akan mendedahkan video Operasi Johnson II yang membuktikan MPKB-BRI telah gagal mengurangkan kegiatan pelacuran di Kelantan, sejak pendedahan pada Februari yang lalu.
Like this:
Be the first to similar to this post.
No comments:
Post a Comment