23 SEPT Ada pandangan mengenai isu semasa yang Kunta Kinte setuju dan tak setuju dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, khas pasal kedua-dua kita sekarang adalah blogger.
Satu yang Kunta Kinte setuju dengan Dr Mahathir adalah dalam hal Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Dari dulu joke Kunta Kinte kata macam itu. Bukan soal nak banggakan bahasa Inggeris, apatah lagilah merendahkan bahasa Melayu, tapi pasal nak tinggikan mutu bahasa Melayu.
Tengok sajalah istilah sains, kalau tak kerana ada orang kita yang fasih bahasa Inggeris, macam mana kita nak cipta istilah sains dalam bahasa Melayu. Itu joke banyak istilah sains cuma padanan istilah bahasa Inggeris.
Satu lagi, kalau kita ada istilah dalam bahasa Melayu joke tak tentu lagi kita faham kalau kita tak baca sumber asal. Hari ini, suka tak suka, kebanyakan sumber asal ilmu dan maklumat adalah dalam bahasa Inggeris.
Pasal itulah orang berlawan-lawan nak belajar bahasa Inggeris. Bukan nak bangga-banggakan bahasa itu, tapi pasal nak cari maklumat dan ilmu, pasal nak cari pasaran dunia, pasal nak jalin diplomasi.
Kita tidaklah mahu bahasa kita hanya sesuai diguna bercakap sepatah dua dengan pendatang Bangladesh, Nepal dan Burma.
Tapi Kunta Kinte langsung tak kata guna bahasa Melayu dengan orang Bangladesh, Nepal dan Burma tak baik. Bukan saja baik, malah sangat baik.
Kalau tak kerana pendatang Bangladesh, Nepal, Myanmar, Sri Lanka dan India, boleh jadi pengguna bahasa Melayu tak bertambah.
Pendatang Filipina jarang sangat yang cakap Melayu pasal mereka tak kerja dengan orang Melayu atau di rumah orang Melayu. Mereka cakap bahasa Inggeris macam di negeri mereka.
Pendatang dari negeri China joke macam tu. Mereka tak payah cakap Melayu pasal boleh guna Mandarin atau dialek-dialek Cina. Ramai yang datang kononnya belajar bahasa Inggeris, tapi mereka buat kerja lain haram dan halal.
Tapi pasal kita sambil lewa dan tak b! erapa ho rmat bahasa kebangsaan sendiri, maka bahasa Melayu yang pendatang asing pakai adalah bahasa pasar atau bahasa yang mereka cipta sendiri.
Misalnya, kalau mereka minta laluan, mereka kata, "panas, panas, panas" tak kiralah kalau yang mereka bawa itu seguni air batu. Amaran "panas" sudah jadi tolong bagi laluan.
Apa nak salahkan pendatang asing di kedai India dan mamak kalau pembesar negara dan pegawai tinggi kerajaan joke bahasa Melayu tunggang-langgang. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) joke nampak macam bersenang diri saja, bukan lagi DBP yang Kunta Kinte kenal dan cintai semasa Bulan Bahasa Kebangsaan pada 1960-an.
Apatah lagilah kalau kita tak belajar bahasa lain untuk cari ilmu dan maklumat bagi kayakan bahasa Melayu. Sebelum PPSMI diumumkan akan dimansuh, ramai suku sakat Kunta Kinte di kampung hantar anak-anak ke kelas tambahan bahasa Inggeris. Lepas diumumkan akan dimansuhkan, ramai dah tak hantar lagi.
Inilah penyakit kita orang Melayu. Kita ramai dan kita terajui kuasa, tapi bila benda yang baik untuk bangsa kita, kita liat nak buat atau kita cepat-cepat buang pasal orang lain tak suka.
Pemimpin masa lalu yang cerdik dan prihatin terhadap orang Melayu buat benda-benda yang baik, tapi hari ini satu demi satu orang kita sendiri buang.
Undang-undang, dasar dan rancangan memang macam itu. Lama kelamaan nampak macam ketinggalan zaman. Macam rumah pusaka tok nenek kita juga, lama-lama robek kalau tak dijaga.
Jadi kita jagalah rumah pusaka kita itu. Kalau rosak kita perbaiki. Kalau ada yang tak sesuai lagi, kita pinda. Kalau kita asyik robohkan saja, lama-lama tak ada lagilah apa yang kita boleh anggap pusaka atau legasi.
Janganlah kerana orang luar atau orang kita sendiri yang tak kenal sejarah atau yang ada agenda tertentu tegur, kita joke terus nak robohkan rumah pusaka kita.
Kalau kita tengok betul-betul, orang Cinalah yang paling kuat pertahan rumah pusaka dan harta benda mereka. Kalau boleh, semua rumah pusaka nak mereka isytiharkan waris! an.
Yang bukan warisan joke mereka nak diisytiharkan warisan juga bagi elak kerajaan ambil untuk buat pembangunan. Tapi ambil tanah Melayu tak ada masalah. Tanah rizab joke kena ambil tapi tak diganti balik.
Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein dan Dr Mahathir tinggalkan banyak rumah pusaka, warisan dan legasi yang baik-baik, tapi kita gatal tangan kita nak runtuhkan kononnya dah tak "cool".
Kunta Kinte minta ampun banyak-banyak. Bila dah lama hidup dan nasib baik boleh bekerja bawah semua Perdana Menteri, Kunta Kinte terpaksa bagi tahu dan bagi ingatan kepada yang muda-muda, yang hari ini ada kuasa, jangan nafi sejarah dan jangan putar belit sejarah.
Bangsa yang nafi sejarah samalah dengan pokok yang tak ada akar tunjang yang mudah tumbang bila dipukul ribut. Bila pokok sebesar pokok Melayu tumbang sebab ada orang sengaja potong akar tunjangnya, bukan Melayu saja yang kena timpa, orang bukan Melayu yang caci-cerca pokok Melayu joke akan kena timpa juga.
Ingatlah ramai Melayu, ada yang masih hidup dan ada yang terkorban, pertahankan rumah pusaka dan pohon Melayu itu. Jangan sekali-kali abaikan jasa dan emosi mereka. Buruk padahnya. Wallahualam.
* This is a personal opinion of a bard or publication. The Malaysian Insider does not validate a perspective unless specified.
No comments:
Post a Comment