"Saya nak jawab kepada Tun (Dr Mahathir), kita (PAS) akan mengambil pentas demokrasi melalui saluran legislatif dan bukan secara dipaksa atau melalui pintu belakang-back-door," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Tun M yang mencabar PAS Kelantan melaksanakan Hudud di negeri itu ekoran beliau yang disifatkan penghalang perlaksanaan itu sebelum ini, sudah tidak lagi menjadi perdana menteri.
Tun dirakamkan sebagaimenghalang perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.
Kucar-kacirkan Pakatan
Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Dzulkefly berkata beliau yakin tindakan Tun membangkitkan perkara itu kerana mahu memporak perandakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.
Lebih khusus lagi membabitkan PAS dan DAP yang selama ini kononnya dilihat beliau bercanggah besar dalam isu ini. Sememangnya Hudud bukan dasar bersama Pakatan.
"Tapi kali ini congakan Tun silap. PAS tidak akan silap dalam menyatakan betapa kita komited melaksanakan apa jua cita-cita kami sebagai parti Islam, tetapi akan mengambil pelaksanaannya dalam garis demokrasi dengan laluan legislatif dan disokong oleh rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.
"Serangan PAS terhadap rasuah, salah guna kuasa, kronisme dan pembaziran Umnoserta urus-tadbir khianat dan pincang, adalah terbit dari prinsip Islam yang kami dukungi. Tidak dengan Hudud pun kita boleh tentang Umno! dan Ket uanan Melayu sempit Umnoputeranya" tambah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas itu.
Biarpun Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir melalui suratnya itu menyekat pelaksanaannya.
Tambahnya, halangan melaksanakan undang-undang syariah Islam oleh BN bermula sejak 1965 lagi.
Ianya apabila Perikatan yang menguasai dua pertiga parlimen pada waktu itu meluluskan akta mahkamah syariah yang membataskan kuasa perlaksanaan undang-undang syariah menggunakan formula 356 iaitu 3 tahun penjara, denda tidak lebih RM5,000 dan sebat tidak melebihi 6 sebatan.
"Jika benar Tun dan pemimpin Umno ikhlas dan tidak menghalang, kenapa (hudud) tidak diluluskan sewaktu BN menguasai dua pertiga parlimen ketika zaman Tun Mahathir atau Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri," soalnya.
"Jelasnya Umno dan Mahathir memang memusuhi Hudud yang merupakan sebahagian dariQanun Jana'iyah Islamiyah-yang dituntut Islam ke atas penganut-penganutnya. Mungkin yang lebih takut Hudud adalah elit Umno yang didakwa merompak wang rakyat.Orang Kristian, Hindu atau Budhists tidak perlu khuatir kerana Hududtidak terkuatkasa ketas mereka pun".ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment