Wawancara dengan Dr. Bakri Musa (No.6)

March 3, 2013

Wawancara dengan Dr. Bakri Musa (No.6): Parlimen Badan Tertinggi Bukan Majlis Syura

Posted upon February 20, 2013 by

DI DALAM demokrasi, kuasa terakhir terletak kepada rakyat (atau ahli dengan parti). Fikirkan jika PAS memerintah, kepada (pihak) mana menteri PAS menunggu arahan, Parlimen atau Majlis Syura? Badan mana yang lebih tinggi taraf dan daulatnya? Mengikut perlembagaan, rakyat melalui Parlimen; mengikut PAS, Majlis Syura dan ahli ulama

Suaris: Sehubungan itu, apa pandangan Dr terhadap parti PAS dan pemimpin-pemimpin mereka? Apakah dasar-dasar parti dan perjuangan PAS boleh dianggap pendorong atau penghalang kepada kemajuan umat Melayu/Islam di negara kita?

Dr Bakri Musa: Pemimpin serta dasar dan perjuangan PAS tidak Bakri Musamengagumkan saya. Sebaliknya PAS akan mengakibatkan kemunduran bangsa Melayu. Sama ada Melayu senang masuk syurga akibat PAS, Tuhan saja yang tahu.

PAS ada dua masalah asas. Pertama, ia keliru sama ada PAS parti itu adalah badan politik, bermakna ingin satu hari menerajui kuasa dan memerintah negara, atau gerakan dakwah. Kedua- dua tujuan itu tidak bertentangan tetapi PAS mesti memilih yang mana patut diutamakan dan didahului. Keliruan ini menyebabkan PAS tidak cekap di dalam kedua-dua aliran.

Yang kedua, PAS tidak berlandaskan demokrasi. Kuasa terbesar dan terakhir dalam parti terletak bukan kepada ahli seperti yang sepatutnya tetapi ke Majlis Syura Ulama, satu badan yang tidak dipilih oleh ahli-ahli. Lebih membu! rukkan, majlis itu terhad kepada ulama sahaja. Di (dalam) kitab mana tertulis yang hanya kaum ulama sahaja yang mempunyai kebolehan, kebijakan dan keistimewaan untuk memimpin?

Di dalam demokrasi, kuasa terakhir terletak kepada rakyat (atau ahli dengan parti). Fikirkan jika PAS memerintah, kepada (pihak) mana menteri PAS menunggu arahan, Parlimen atau Majlis Syura? Badan mana yang lebih tinggi taraf dan daulatnya? Mengikut perlembagaan, rakyat melalui Parlimen; mengikut PAS, Majlis Syura dan ahli ulama.

Ini bukan perkara kecil. Lihat sekarang pertelingkahan di Iran antara pemimpin negeri yang dipilih oleh rakyat ditentang oleh Majlis Syura yang tidak dipilih oleh rakyat. Saya tidak ambil kisah jika badan (majlis) syura hanya sebagai penasihat. Tetapi kuasa terakhir mestilah di (tangan) rakyat melalui Parlimen. Begitu juga dalam parti, Majlis Syura mestilah tunduk kepada pemimpin yang dipilih oleh ahli. Kuasa menenggek tidak ada tempatnya dalam demokrasi; semua kuasa mesti berasal daripada ahli atau rakyat. Mereka yang berdaulat.

Lebih mengecewakan ialah PAS memberatkan tag daripada isi. Pemimpin mereka heboh dengan hudud dan Negara Islam tetapi tidak menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua istilah itu. Negara Islam mana yang mereka anggap patut dicontohi? Iran dan Saudi Arabia?

Begitu juga dengan hudud. Kalau orang bukan Islam tidak dikenakan hudud, ini bermakna hukuman seseorang melakukan jenayah tergantung bukan atas perbuatannya tetapi atas agamanya. Orang Islam berzina dihukum bunuh tetapi orang bukan Islam hanya mendapat kemarahan suami atau isteri mereka! Begitu juga jika ditangkap mencuri. Orang Islam dipotong tangan; bangsa lain kena denda sahaja atau masuk penjara. Adakah itu adil? Kalau tidak adil, tidak mungkin Islam.

Kelemahan lebih terang ialah pemimpin PAS tidak ada kebolehan untuk mentadbir negara. Bakat dan kemahiran untuk menjadi seorang pentadbir berlainan daripada seorang bakal ulama. Latihan dan latar belakang ilmiah ulama amat sempit. Merek! a tidak pernah mengambil kursus dalam bidang ekonomi, sosiologi atau psikologi. Taraf kefahaman saintifik dan teknologi mereka tidak ada langsung. Oleh demikian, fikiran mereka ikut bersama sempit.

Dari segi politik pula, pemimpin PAS tidak bijak untuk berkongsi dan berkerjasama dengan parti- parti lain supaya dapat menuju ke arah yang sama dipersetujui. Lihat tingkah laku pemimpin mereka dalam Pakatan Rakyat. Perangai mereka macam budak kecil; kalau hendak categorical bola dengan mereka yang lain mesti ikut cara mereka sahaja, tidak mahu atau pandai bertolak ansur. Itu bukan gaya politik. Politik, mengikut pemimpin German termashur Bismarck, ialah seni memungkinkan (art of the possible).

Contoh kecekapan pentadbiran PAS ialah Kelantan. Apa borkat pimpinan PAS selepas lebih dua dekad? Penyakit taun yang sudah tersingkir di negeri lain masih berada di sana, mencerminkan kerendahan kesihatan masyarakat, dan itu sebaliknya akibat kelalaian pemerintah. Penduduk Kelantan, maknanya orang Melayu, terus hingga sekarang satu kumpulan yang pale bangsat.

Nik-Aziz-Nik-MatSaya hormati Tok (Guru Nik) Aziz sebagai seorang ulama. Tetapi dia mesti ingat rakyat memilih dia untuk menjadi menteri besar bukan imam besar. Beliau patut sedar yang dia tidak ada langsung pengetahuan atau kemahiran mentadbir negara. Itu satu kelemahan bukan kesalahan. Yang salah ialah ia tidak sedar dan berendah hati dengan kelemahan beliau. Kalau dia sedar tentu dia ambil penolong dan penasihat yang mahir dan berkebolehan.

Cuba lihat Presiden Reagan, seorang pemimpin yang dianggap pale hebat. Dia seorang yang kurang cerdik atau (kurang) mempunyai kebolehan mentadbir. Dia sendiri sedar dengan kelemahannya. Tetapi dia yakin arahan yang dia dan pimipinannya ingin tujui. Oleh sebab dia sedar kelemahan dirinya, dia ambil se! bagai ba kal menterinya orang yang berkebolehan dan berpengalaman, serta bersetuju dengan falsafah dia. Akibatnya pemerintahannya cemerlang dan Amerika maju di bawah pentadbirannya.

Ramai anak Kelantan dan orang Malaysia yang berkebolehan. Apa sebab Tok (Guru Nik) Aziz tidak menggunakan bakat dan kebolehan mereka? Mungkin mereka tidak hafiz Quran dan enggan pakai jubah dan serban besar, tetapi kalau mereka boleh mentadbir dan jujur serta cekap, cukup lah. Maknanya, jika mereka boleh memastikan supaya pasar bersih dan sampah dipungut, besarlah kebajikannya kepada rakyat dan negeri.

PAS heboh dengan negara Islam. Ramai yang tak setuju dengan itu, dan mereka tidak terhad kepada kaum bukan Islam sahaja. Kalau begitu apa sebab PAS membuat degil? Lebih baik kalau pemimpin PAS cuba memahami mengapa mereka tidak setuju dan menentang. Sebab yang pertama ialah mereka takut Malaysia akan jadi Iran atau Saudi Arabia. Isteri Tok (Guru Nik) Aziz joke tak setuju kita menjadi Saudi. Maklumlah perempuan tidak boleh bawa kereta!

Bagaimana hendak melegakan prasangka mereka dan memikat mereka yang tidak setuju dengan negara Islam? Yang tentu ialah jika kita labelkan semuanya sebagai murtad atau kafir, itu akan hanya menjauhkan mereka.

Cuba jangan hebohkan label, sebaliknya tegaskan isi. Berpakat dengan Liberating the Malay MindKeadilan dan DAP untuk menghapuskan rasuah, salah guna kuasa, dan akta-akta yang menghina kemanusiaan kita. Itu semuanya salah dari segi Islam. Hapuskan semua dan negeri kita akan lebih dekat lagi ke tujuan negara yang bercorak Islam. Kalau negara adil, aman, makmur dan tiada rasuah, itulah satu negara yang benar-benar Islam. Jangan gilakan label.

Sememangnya UMNO sekarang sudah jauh daripada unsur-unsur Islam. Rasuah, makan suap, salah guna kuasa,! itu sem uanya bertentangan dengan Islam dan tidak boleh ditebuskan dengan membina masjid yang indah dan mengadakan perarakan Maulid yang mewah.

Pilihan raya yang akan datang ialah pilihan antara satu pihak yang mungkin ada sikit kebolehan dan pengalaman mentadbir tetapi korup dan tamak, UMNO, dan pihak satu lagi, PAS, yang kurang cekap mentadbir tetapi jujur dan tidak gilakan kebendaan. Yang mana patut kita pilih?

Betul, yang endahnya jika kita dapat memilih parti yang cekap memerintah dan pemimpinnya jujur dan beramanah. Tetapi Tuhan tidak memberi kita pilihan itu.

Bagi saya, antara UMNO dan PAS, saya tidak teragak-agak lagi memilih PAS. Sebabnya ialah kita lebih senang lagi melatih pemimpin PAS dan memberi mereka pertolongan supaya mereka lebih cekap lagi memerintah. Amat susah untuk menukar atau melatih peribadi dan tabiat seorang yang korup, tamak dan tidak beramanah. Mereka akan berterusan seumpama itu selagi rakyat memberi mereka kuasa dan peluang.


Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: