Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berpendapat kerajaan tiada pilihan lain kecuali melancarkan serangan balas terhadap penceroboh di Lahad Datu, dekat Sabah dan bersedia menghadapi kemungkinan serangan hendap yang berterusan di masa akan datang.
"Saya berpendapat kerajaan cukup berhati-hati dalam menangani isu ini dan berharap ia dapat diselesaikan tanpa pertumpahan darah.
"Tetapi malangnya berlaku pertumpahan darah dan usaha kerajaan kita tidak dihargai oleh penceroboh dari Sulu hingga sanggup membunuh anggota pasukan keselamatan negara.
Lihat video di bawah :
"Sekarang ini, tiada jalan lain di pihak kerajaan selain melancarkan serangan balas supaya penceroboh dapat dihapuskan kerana mereka yang menyerang Sabah bukan kita yang menyerang mereka," katanya kepada pemberita selepas program Himpunan Rakyat anjuran Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di Dataran Bagan Serai yang dihadiri hampir 13,000 rakyat jelata dari sekitar Bagan Serai dan Parit Buntar.
Beliau berkata, isu ini tidak akan tamat begitu sahaja sebaliknya pihak penceroboh akan cuba melaksanakan serangan hendap di masa akan datang dan perkara ini tidak boleh dipandang ringan.
Tambahnya, kerajaan perlu membuat persediaan awal untuk menghadapi serangan hendap yang berturut-turut selepas ini.
Katanya lagi, pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu dihantar untuk mengawal kemasukan sebarang bot dari selatan Filipina seperti bahagian Tawi! -tawi dan Jolo kerana penceroboh mungkin cuba menyeludup bekalan senjata.
Di! tanya me ngapa pasukan tentera tidak dikerah untuk menangani isu itu di peringkat mula, Mahathir berkata, dalam negara ini, soal keselamatan negara dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ancaman dari luar dan dalam negara.
"Pada mulanya kita lihat insiden di Lahad Datu ini bukan serangan luar kerana mereka berada dalam wilayah kita tetapi kini jelas serangan ini datang dari luar. Jusuteru itu, pihak tentera sudah diarah untuk mengambil bahagian," katanya.
Beliau menambah lagi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebagai penghasut dengan menawarkan janji kepada rakyat Sabah dan Kesultanan Sulu bahawa mereka akan mendapat twenty peratus royalti minyak serta standing wilayah autonomi kepada negeri berkenaan.
"Jadi mereka (kumpulan) ini yakin dan percaya akan dapat menawan Sabah dan menubuhkan wilayah autonomi yang akhirnya bakal mencetuskan perang di negara kita," tegas beliau lagi.
Mantan Perdana Menteri itu juga berkata, pada awalnya kerajaan begitu berhati-hati dalam menangani isu berkenaan kerana ramai rakan dan ahli keluarga penceroboh berada di Sabah.
"Sebab itu, kita berhati-hati pada mulanya kerana mereka juga umat Islam dan kita tidak mahu tergesa-gesa bunuh orang Islam. Apabila mereka tunjuk niat jahat dengan menembak mati dua anggota polis kita, maka kita tidak boleh anggap ia peristiwa yang boleh diselesaikan menerusi rundingan.
"Tindakan keras yang mungkin sebabkan ramai anggota penceroboh terbunuh dan rakyat kita juga menjadi mangsa akan berlaku tetapi tindakan keras harus diambil," katanya lagi. -Perak Today Read More @ Source
More Barisan Nasional (BN) | Pakata n Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment