Wawancara bersama Dr Bakri Musa (No.7)

March 3, 2013

Wawancara bersama Dr Bakri Musa (No.7): Utamakan Modal Insan, Bukan Modal Duit

February 27, 2013@http://suaris.wordpress.com

"TINGGIKAN nilai insan dan nilai masyarakat kita, kedua-dua itu lebih penting daripada modal wang"

Suaris: Dari segi ekonomi pula, kaedah-kaedah sebelum ini sekalipun ada sedikit kejayaan kepada orang Melayu namun generasi baru melihatnya sebagai kurang signifikan. Orang Melayu perlukan bahagian kek yang lebih besar, sekurang-kurangnya thirty peratus. Bagaimanakah target ini boleh dicapai?

Dr Bakri: Untuk permulaan, hamba Allah mana yang mengkhaskan thirty peratus untuk Melayu? Di nas mana tertulis kita berhak thirty peratus? Mengapa thirty dan tidak 60 atau 20? Bila disoal begitu, nyata angka thirty peratus itu hanya satu rekaan atau khayalan sahaja. Sama ada kita menguasai twenty atau 60 peratus ekonomi negara tergantung atas usaha dan cergasan (kecekapan-ed.) diri kita sendiri, dan bukan tertulis di dalam kitab atau kertas kerja di mana-mana.

Towards a Competitive Malaysia

Saya setuju pencapaian masyarakat kita had ini masih belum lagi berkesan. Bila diambil kira bahawa UMNO, maknanya Melayu, telah memimpin negara kita lebih setengah kurun, keadaan sedemikian sungguh menghibakan. Di mana terletaknya kelalaian atau kesalahan pemimpin atau rakyat?

Untuk maju, kita sebagai perseorangan dan juga masyarakat mestilah mahir dan cergas mengendalikan perusahaan. Itu memerlukan tiga modal. Kita hanya sedar dengan modal wang (financial capital) sahaja.! Yang le bih penting dan kita tidak beratkan ialah modal insan (human capital) dan modal masyarakat (social capital). Kita biayai beribu juta modal wang, tetapi oleh sebab kita tidak beratkan nilai modal insan dan modal masyarakat, perusahaan kita jarang dan kurang maju.

Bila saya mulakan klinik swasta saya di Amerika, saya tak ada duit, tetapi sebab nilai modal insan saya tinggi (berkelulusan pakar) bank berlumba meminjamkan wang kepada saya. Itu mencerminkan kelebihan modal insan. Kalau nilai modal insan seseorang itu tinggi, modal duit tidak menjadi masalah.

Bank tidak enggan meminjamkan duit sungguh joke saya baru sampai ke Amerika dan tidak ada keluarga atau sahabat untuk menjamin saya. Itu juga tanda tinggi mutu modal masyarakat Amerika. Bank percaya kepada saya sebab dia tahu saya dapat lesen menjadi doktor dengan secara tulen dan bukan melalui tipu atau rasuah. Oleh sebab itu, bank percaya saya ada kebolehan dan mungkin berjaya sebagai doktor.

Kalau mutu modal masyarakat rendah dan saya boleh dapat lesen "kopi O" sahaja (melalui rasuah) atau saya dilatih oleh highbrow kangkung, berapa ribu joke duit pinjaman diberi, klinik saya tidak akan maju. Pelanggan akan tahu lama kelamaan yang saya hanya doktor dalam nama sahaja, atau mengikut istilah baru, pakar kangkung!

Juga jika modal masyarakat Amerika rendah, banknya tidak akan memberi saya pinjaman dengan alasan saya baru saja masuk negeri (pendatang, umpama kata), kulit joke tak putih (bukan Bumiputera Amerika, pendek kata), dan berugama Islam pula (agama Osama bin Ladin!). Takut nanti saya tak bayar hutang atas alasan bunga pinjaman haram!

Bandingkan mutu modal masyarakat Amerika dengan Malaysia, terutama Melayu. Kalau seorang jurutera mahir tetapi dia ahli PAS, mungkinkah dia dapat pinjamam dari Bank Islam Malaysia atau kontrak daripada kerajaan UMNO?

Dato Seri JJJamaluddin Jarjis (Datuk Seri), bekas duta ke Amerika, pernah berkata dia dulu susah nak dapat pinjaman dari bank tempatan untuk membuka syarikat perunding juruteranya walau joke dia ada PhD dari McGill, satu universiti terkemuka. Di Amerika atau Canada, berlumba bank nak pinjamkan dia duit! Nilai tinggi modal insan Jamaluddin tidak dihargai oleh bank Malaysia. Itu mencerminkan kerendahan modal masyarakat kita. Sekarang dia sudah jadi OKU (orang kuat UMNO), orang dan bank tempatan bersusun bukan saja untuk meminjamkan tetapi terus memberi dia duit! Itu juga mencerminkan kerendahan modal masyarakat kita.

Beberapa tahun lepas ada satu penuntut di universiti ternama di Amerika. Biasiswanya di tarik balik sebab bapanya orang kuat PAS! Itu antara lain yang saya maksudkan dengan nilai modal masyarakat rendah.

Dengan kata lain, masyarakat yang tinggi nilai modalnya mengutamakan kebolehan seseorang itu; sebaliknya, masyarakat bernilai rendah mengutamakan kenalan sesorang itu. Dalam pepatah Inggeris, siapa dan bukan apa yang kau tahu (who as well as not what you know).

Masalah modal wang senang dibataskan; soal modal insan dan masyarakat lain ceritanya. Kalau kita lalai meninggikan nilai modal insan dan masyarakat kita, bangsa kita tidak ada harapan langsung walau joke beribu juta duit dibagikan melalui kuota-kuota dan kontrak-kontrak lumayan. Selamat tinggal thirty peratus! Mungkin selamat tinggal twenty peratus!

Untuk meninggikan modal masyarakat, kita mesti jauhkan perusahaan ekonomi daripada politik. Kita tidak boleh penuh-penuh pisahkan sebab kedua-dua itu berkait. Tetapi politik di Malaysia sekarang terutamanya di masyarakat Melayu telah mencampur aduk atau lebih tepat lagi meracuni perusahaan lain. Umpamanya, ketua universiti bukan dari para ilmiah tetapi orang kuat politik, khasnya UMNO.

Education_for_all_UNESCOCuba tengok, berapa (banyak) karangan buku atau kertas kerja bernilai telah dihasilkan oleh kaum VC, dekan, dan professor-professor kita? Patutlah mereka diejek "Professor Kangkong!" Apa akibatnya?

Bukan sahaja mutu universiti kita terjahanam bahkan satu keturunan muda bangsa kita rosak sebab dipimpin oleh professor-professor kangkung itu. Itu memerosotkan nilai (modal) insan kita!

Kalau kita tidak ada pakar atau highbrow Melayu berkelayakan, kita jangan enggan mengambil orang luar. Amerika joke banyak professor-professor dari luar negeri. Di seluruh tahun saya bersekolah dahulu, hanya satu sahaja cikgu Melayu mengajar saya (selain daripada guru Bahasa Melayu). Begitu juga di universiti, sebab saya belajar di luar negeri. Adakah itu membuatkan saya kurang Melayu, pendidikan saya kurang memuaskan, atau saya dipengaruhi bangsa lain?

Saya tidak kira siapa yang mengajar murid dan mahasiswa kita asalkan mereka mahir dan tekun. Tidak ada bangganya jika mahasiswa kita di ajar oleh highbrow kita tetapi mereka tidak pandai atau lalai buat kerja. Apa bangganya jika bapa kita dibedah oleh pakar Melayu tetapi menghidap (tidak pulih dengan baik-ed.) akibat pakar lalai atau tidak mahir? Begitu juga, apa bangganya jika jambatan dibina oleh jurutera Melayu tetapi lebih banyak air mengalir di atas (jambatan) daripada di bawah? Masyarakat yang nilai modalnya tinggi mendahulukan kepakaran (berbanding) atas bangsa, suku, atau aliran politik.

Cuba teliti perusahaan yang ditaja oleh kerajaan untuk menolong bangsa kita. FELDA sepatutnya diterajui oleh mereka yang mempunyai ijazah MBA dan pengalaman swasta yang luas, bukan kakitangan kerajaan atau ahli politik korup seperti Isa Samad. Dia tidak ada langsung pengalaman menjalankan perusahaan swasta. Warung kopi tepi jalan joke dia tidak boleh kendalikan. Apakah kesan dia memimpin Negri Sembilan bertahun-tahun sebagai Menteri Besar?

Untu! k mening katkan mutu masyarakat, kita mesti menghargai dan menghormati mereka yang tekun dan berkebolehan, tidak kira apa aliran politiknya (PAS atau UMNO), pandangan agama (berhijab atau pakai gaun), dan penyanyi yang diminati (Ito atau Siti). Sebaliknya, kita mesti berkeras kepada mereka yang menyelewengkan amanah dan tanggungjawab walau joke betapa seringnya pujian mereka kepada kita. Itu hanya cara membodek.

Ringkas kata, modal masyarakat yang tinggi ialah di mana "meritokrasi" dilanggan dan dihormati. Saya enggan mengunakan istilah itu sebab ia selalu disalahgunakan untuk bermakna hanya kelulusan kertas dan peperiksaan. Makna sebenarnya lebih luas.

Modal masyarakat yang tinggi ialah juga di mana ahlinya suka menyimpan dan tidak suka membazir. Kaedah menyimpan bukan saja bermakna suka taruk duit dalam bank. Itu hanya menunjukkan atau mencerminkan seseorang yang berfikir panjang masa depan. Masyarakat yang tidak berfikir panjang ke hadapan susah hendak maju. Dari segi ekonomi, masyarakat yang suka menyimpan akibatnya ada banyak "capital formation" dan dengan itu cepat maju. Lihat ekonomi Jepun dan Korea.

Za'abaBila Datuk Onn dan Zaaba mengatakan "membetulkan" Melayu, itulah maksud mereka sungguh joke mereka tidak sedar atas konsep modal masyarakat. Tidak ada salahnya dengan orang Melayu hanya kita mesti tinggikan nilai modal masyarakat kita.

Balik ke modal insan, kalau seseorang itu mempunyai modal insan yang tinggi, tetapi modal masyarakatnya rendah, dan dia tidak ada modal wang langsung, dia boleh merantau ke negeri lain di mana modal masyarakat mereka tinggi. Tiap-tiap tahun beribu orang India, Cina, Eropah yang mempunyai mutu insan yang tinggi meninggalkan tanah lahir mereka untuk merantau di dunia Allah ini.

Mutu modal insan tergantung atas dua unsur: kesihatan dan pendidikan. Makna! nya, ter gantung atas kemahiran, kecerdikan dan ketekunan seseorang itu. Cuba kita ambil Proton sebagai contoh. Sambil dia membuat kereta dia boleh melatih juru mekanik. Bila mereka mahir, maknanya nilai insan mereka naik tinggi, kita boleh beri mereka modal wang supaya mereka boleh membuka bengkel-bengkel sendiri. Dalam tempoh berapa tahun sahaja kita akan dapat gerai-gerai seperti Ahmad Auto Repair dan Mahmud Motorworks di bandar-bandar Malaysia.

Kalau modal masyarakat kita tinggi, Petronas boleh memberi lesen atau francais kedai minyak mereka kepada mekanik-mekanik tersebut. Jadi kedai minyak Petronas bukan saja buat duit menjual minyak, bahkan lebih banyak lagi dari membaiki kereta-kereta.

Periksa sekarang. Siapa mendapat francais Petronas? Ahli politik yang takbakri-musa tahu apa benda joke perihal kereta! Begitu juga lesen kantin sekolah dan bangunan kerajaan.

Kita patut biayai (maknanya beri modal wang) kepada mereka yang lulus kelas "catering" dan "hospitality" dari UTM untuk mengalakkan mereka membuka perusahaan sendiri. Mungkin bila maju mereka akan membuka restoran (mereka) sendiri.

Tinggikan nilai insan dan nilai masyarakat kita, kedua-dua itu lebih penting daripada modal wang. Tinggikan nilai insan dan masyarakat dan kita akan melebihi 30, 40 atau 50 peratus ekonomi negera. Cara lain hanya khayalan.

Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |

No comments: