Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan supaya mewujudkan satu Jawatankuasa Khas Tertinggi bagi menyiasat arkitek, peguam, pemaju, serta majlis kerajaan tempatan yang bersekongkol dalam ribuan kes penipuan jual beli rumah di negara ini.
Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dalam satu sidang media memberitahu berdasarkan aduan mangsa serta siasatan yang dijalankan pertubuhan itu didapati lebih 6,000 kes penipuan oleh pemaju perumahan dikesan berlaku di Selangor dan Kuala Lumpur yang turut membabitkan bank utama di negara ini.
Beliau menambah, semua kes berkenaan majoritinya melibatkan kaum bumiputer yang menjadi mangsa penipuan sistem pembelian rumah setelah dikesan wujudnya pembabitan pemaju yang tidak berlesen dalam urus niaga yang dilaksanakan.

Baca seterusnya di Perak Today..
No comments:
Post a Comment