Penduduk kawasan Tanjung Batu dan Tanjung Labian meninggalkan kampung mereka beramai-ramai hari ini ekoran dakwaan bahawa kumpulan penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo membolosi kawalan pihak keselamatan.
Read More @ Source Seorang penduduk kampung Gabril Asakil, 48, berkata seramai 50 orang penceroboh memasuki kampung mereka di Tanjung Batu untuk mendapatkan barangan keperluan.
Katanya, penduduk kampung keluar daripada kampung pada waktu malam dan hanya akan kembali pada waktu pagi.
"Apabila kami pulang pada waktu pagi, kami dapati mereka sudahpun menduduki kampung kami," katanya.
Gabril berkata beliau pasti bahawa golongan yang menawan kampung tersebut merupakan penceroboh dari Kampung Tanduo dan perkara ini disahkan oleh penduduk yang tidak dapat melarikan diri.
"Penceroboh itu menghantar dua orang daripada orang kampung kami untuk membeli makanan, tapi tentulah mereka melarikan diri.
"Mereka memberitahu kami orang ini memang penceroboh dari Kampung Tanduo," katanya.

More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment