Saudara Pengarang,
PAS Kawasan Tawau memandang berat pencerobohan pihak asing di Kampung Tanduo, Felda Sahabat, Lahad Datu yang berlarutan sejak 9 Februari 2013 lagi.
Kemelut daripada peristiwa tersebut merebak dengan kejadian berkaitan di Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Kehadiran penceroboh yang lebih 200 orang dengan bersenjata automatik bukan sesuatu yang boleh dibuat endah tak endah.
PAS Kawasan Tawau berharap dan memohon agar pihak kerajaan tidak memperjudikan kedaulatan dan keselamatan negara dan kehidupan harian rakyatnya dengan membiarkan kemelut ini berlarutan sehingga kini telah melebihi twenty hari.
Kita simpati dengan kesulitan dan kesengsaraan penduduk Kampung Tanduo yang terpaksa menumpang di rumah keluarga dan sahabat handai. Kita juga prihatin dengan kebimbangan yang tidak menentu penduduk Lahad Datu, Kunak dan Semporna khususnya dan seluruh Sabah amnya. Rata-rata pencarian mereka dan rezeki tidak menentu, kerja terus tergendala manakala pendidikan anak-anak sekolah tergendala.
PAS Kawasan Tawau yakin kemampuan pihak Keselamatan, Angkatan Tentera dan Pasukan Polis Malaysia dapat menangani kemelut di Kampung Tanduo dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan di Daerah Lahad Datu, Kunak dan Semporna malah seluruh Sabah. Mandat, kekuatan dan semangat yang jitu pada Pasukan Keselamatan kita tidak pernah luntur dan PAS sentiasa bersama mereka dalam menghadapi saat-saat yang mencabar ini.
< div> Kita menyeru agar pihak bertanggungjawab menyelesaikan dengan segera isu tuntutan pihak asing ke atas wilayah negara khususnya Sabah. Tidak wajar kita membiarkan kedaulatan Negara menjadi jajaan berlarutan oleh tuntutan pihak-pihak asing apatah lagi ianya menjadi momokan dengan tuntutan pelbagai pihak yang sewenangnya mengaku sebagai pewaris pemerintahan atau penguasa kepada bumi tercinta ini.
PAS Kawasan Tawau menyeru semua pihak supaya bertenang dan beri kerjasama kepada pihak Keselamatan, Pasukan Polis dan Angkatan Tentera Malaysia. Insya Allah kita akan selamat dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
Kita juga simpati, sedih dan merakamkan takziah kepada semua keluarga pihak keselamatan yang terkorban dan cedera dalam mempertahanklan kedaulatan negara.
Kita mendoakan semoga pengorbanan mereka diterima sebagai amal jihad dan mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T. Akhir sekali, kita mendoakan agar kemelut ini dapat diselesaikan segera dan keamanan dipulihkan.
Salam Hormat,
(MOHAMAD BIN HUSAIN)
Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau.
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment