Punca Gagal Bekal Air: Syabas Cuma Bayar 45 % Kepada Operator Loji


SHAH ALAM, 4 FEB: Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang hanya membayar sekitar 40 hingga 45 peratus kepada syarikat user loji rawatan air menyebabkan syarikat terlibat tidak mampu mengeluarkan air dalam kapasiti yang optimum.

Syarikat user rawatan air, Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) terpaksa bertindak demikian bagi mengurangkan kos pengeluaran dan mengelakkan menanggung kerugian.


Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad keadaan ini hanya dapat diselesaikan apabila Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih operasi pengeluaran air di negeri itu.

"Bayaran Syabas kepada syarikat user loji ini sangat menekan aliran tunai mereka," kata Dr Dzulkefly kepada TV Selangor hari ini.

Selain itu, Dr Dzulkefly turut mendedahkan bahawa Syabas juga tidak memberikan layanan yang adil dan saksama kepada syarikat-syarikat kontraktor mereka.

"Kontraktor Syabas ini ada banyak, tetapi saya dapat tahu cuma beberapa syarikat yang Tan Sri Rozali Ismail ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung dapat keistimewaan seperti anak emas oleh Syabas.

"Projek yang diberikan juga biasanya projek yang beri keuntungan lebih besar berbanding kerja yang diperolehi syarikat lain, ini tak adil kepada syarikat kontraktor lain walaupun mereka punyai keupayaan jalankan projek," ujarnya lagi.

Antara syarikat yang disebutkan sebagai anak emas Syabas oleh Dr Dzulkefly termasuklah Mewah Kota Sdn Bhd, Damini Sdn Bhd, Yakin Rantau Sdn Bhd, Kembara Sdn Bhd dan Semarak Niaga Sdn Bhd.

"Sekiranya Kerajaan Negeri ambil alih, kontrak dan bayaran akan dibuat dengan adil dan lebih baik sebab rekod yang ada saya per! caya Ker ajaan Negeri merupakan 'pay master' yang bagus," kata Dr Dzulkefly yang mengaku dibekalkan maklumat dari sumber dalaman s! alah sebuah syarikat anak emas terbabit.

http://www.selangorku.com/?p=22557
Dicatat oleh
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: