2. Rakyat Malaysia menghormati agama yang berlainan dan hak mengamal upacara keagamaan masing-masing oleh pengikutnya. Kita mengelak membuat komen mengenai agama orang lain walaupun kita berdebat hebat sesama kita yang menganut agama yang sama.
3. Malangnya sekarang ini kita sedang menghadapi kontroversi berkaitan penggunaan nama Tuhan, Allah. Beberapa tahun yang lalu, kontroversi ini diselesaikan apabila diterima bahawa penganut Kristian di Sabah dan Sarawak boleh terus mengguna kalimah Allah di dalam Kitab Injil dan pengajaran mereka tetapi ini tidak boleh dilakukan di negeri-negeri lain dalam Negara.
4. Malangnya, beberapa ahli politik yang mahu sokongan dari penganut Kristian di Malaysia, mendesak supaya Kitab Injil berbahasa Melayu dibenar mengguna kalimah Allah di seluruh Negara. Seperti yang dijangka, kontroversi ini muncul kembali.
5. Penganut Kristian dan orang Yahudi amat sedar di dalam Kitab Injil, Kitab Lama (Old Testament) dan Kitab Baru (New Testament), Kitab Injil versi King James dan lain-lain versi, kalimah Allah tidak pernah diguna sebagai nama Tuhan. Hanya selepas datangnya Islam dan Al Quran barulah dunia mengenali kalimah Allah sebagai nama Tuhan.

No comments:
Post a Comment