SAYA mengerti bahawa anak papa, Nurul Izzah Anwar sedang berada di dalam keadaan tertekan sekarang ekoran keceluparannya yang mahukan kebebasan golongan berusia eighteen tahun ke atas untuk memilih agama yang disukai tanpa halangan.
Saya juga mengerti tentang papanya, Anwar Ibrahim yang berkecil hati dan kecewa apabila anak sulungnya itu dikecam hebat kerana memperjuangkan kehendaknya, termasuk menyokong LGBT di sebuah forum baru-baru ini.
Bukan saja para pemimpin UMNO yang menyerang Nurul Izzah, malah Dewan Pemuda PAS juga berang terhadap kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Siapalah yang tidak tertekan jika berada di dalam keadaan begitu, namun terlajak perahu mungkin boleh diundur, terlajak berkata-kata maka bersedialah menerima kesannya, apatah lagi kata-kata itu dari seorang pemimpin politik.
Dari ucapan Nurul Izzah itu, jelaslah menunjukkan bahawa kefahaman anak sulung Anwar itu mengenai kalamullah adalah sangat cetek sekali.
Memang benar tiada paksaan untuk menganut agama Islam sebagaimana yang difirman Allah SWT, namun Nurul Izzah tidak boleh menafikan keIslaman yang diwarisi melalui kedua ibu bapa sebagaimana yang berlaku di Malaysia dan umat Islam lain di dunia ini.
Misalnya, puteri Rasulullah SAW iaitu Sayyidatina Fatimah Az-Zahra dilahirkan oleh Ummul Mukminin, Khadijah binti Khuwailid dan berbapakan Muhammad bin Abdullah yang beragama Islam.
Jadi, mampukah dengan hujah dan fahaman yang pelopori Anwar dan Nurul Izzah itu menafikan keIslaman Sayyidatina Fatimah Az-Zahra dan beliau berhak memilih untuk memeluk agama lain pada usia eighteen tahun?
Read more...
No comments:
Post a Comment