KUNYIT HANGIT! CERAMAH ANWAR TAK DAPAT SAMBUTAN DI SIMPANG PULAI?

BERMODALKAN janji basi menurunkan harga minyak selepas twenty-four jam menguasai Putrajaya dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya semakin ghairah mengejar impiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.

Bertempat di perkarangan padang Taman Raia, dekat Simpang Pulai, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tiba menaiki kenderaan rasmi, yakni bas mewah yang mencetuskan kontroversi kerana didaftarkan di bawah nama Menteri Besar Selangor sempena siri jelajah Merdeka Rakyat ke negeri Perak, petang tadi.

Di hadapan kira-kira 300 penyokong, Anwar begitu bersemangat bercerita dan mengulangi kembali janji manisnya untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh twenty-four jam selepas Pakatan Rakyat berkuasa.

Alasan yang diberinya cukup mudah iaitu Malaysia negara pengeluar minyak dan janji menurunkan harga minyak itu dibuat bagi tujuan mengurangkan beban rakyat.

Bukan sahaja menurunkan harga minyak, bayaran tol di Lebuhraya Utara Selatan turut dihapuskan selain caji elektrik diturunkan selepas beberapa minggu atau bulan PR menguasai Putrajaya, itu kata Anwar lagi.

Semua tahu cerita pembangkang nak turun harga minyak bukan modal baru Anwar dan sudah banyak kali harga minyak jadi bahan kempen pembangkang termasuk dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Selain turun harga minyak, Anwar juga janji module dalam Buku Jingga akan turut dilaksanakan jika pembangkang berjaya tawan Putrajaya.

Yang penting kita perlu tawan Putarajaya, katanya.

Beliau turut menjangkakan PRU-13 akan diadakan tahun ini sambil berkata InsyaAllah PR akan menguasai Putrajaya.

Hakikatnya, apa yang di! janjikan oleh PR itu tidak masuk akal dan tidak bertanggungjawab kepada rakyat.

Read more...

No comments: