Perihal Mak Lampir memberi nasihat kepada SETPOL Khalid Ibrahim, yang juga cukup terkenal dengan muka berminyak dan mulut lepas bebasnya, terutama sekali terhadap Noh Omar dan Dr. Khir Toyo, Faekah Hussin, habislah diperkatakan baik dari kalangan yang pro-UMNO, mahupun yang pro-Pakatan Rakyat.
Dan seperti biasalah, apabila ianya melibatkan Zuraidah Si Lampir Kamaruddin dan Faekah Andartu Hussin, ia memang menarik untuk diperkatakan. Lebih menarik lagi ialah apabila masing-masing menyalak bagi pihak boss mereka. Zuraidah dengan Azmin Ali dan Faekah dengan Khalid Ibrahim.
Hubungan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sudah lama keruh apabila Azmin gagal dalam cubaannya merampas kuasa Menteri Besar yang dipegang oleh Khalid Ibrahim pada tahun 2009 dahulu apabila tanpa disangka-sangka, Khalid Ibrahim mendapat sokongan padu daripada DAP dan sebahagian ADUN PKR bukan Melayu di DUN Selangor.
Kempunan Azmin Ali sudah terlalu lama. Justeru mungkin kerana tidak tertahan dengan penantian yang tidak kunjung tiba, dan munculnya ruang atau lebih tepat lagi kebenaran daripada kekasihnya, Anwar Ibrahim, maka Azmin Ali pun segera mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyinggung Khalid Ibrahim.
Apa yang keluar dari mulut Azmin Ali, sebenarnya itulah yang dikehendaki oleh Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim tidak mampu bercakap terus-terang dengan Khalid Ibrahim kerana dia sudah banyak termakan budi dengan Khalid Ibrahim. Apatah lagi dengan sikapnya yang gemar baling batu sembunyi tangan dan kemudian menuduh orang lain, Anwar memang menjadikan mulut dan lidah Azmin Ali sebagai mulut dan lidahnya sendiri.
Amat mudah untuk memahami mengapa Zuraidah cepat-cepat membela Azmin Ali. Kalau di Ampang atau lebih t! epat lag i di MPAJ, kebanyakan kontraktor di kerajaan tempatan itu adalah proksi Zuraidah dan Azmin. Zuraidah dan Azmin benar-benar berkompromi serta menjalinkan hubungan gelap dalam hal ini.
Sebagai penjilat Anwar, Zuraidah tahu dia perlu berbaik dan menyayangi Azmin Ali kerana Azmin Ali adalah kesayangan Anwar Ibrahim. Sungguhpun Wan Azizah adalah Presiden dan isteri Ketua Umum, manakala Nurul Izzah pula adalah Naib Presiden PKR dan anak Anwar Ibrahim, kasih sayang Anwar kepada Azmin, mengatasi segala-galanya bahkan melebih isteri dan anak-anaknya.
Read more...
No comments:
Post a Comment