KENA TIPU LAGI! MACAMANA KES KAPAL SELAM DI BICARA TANPA ADA KES?

HARI ini, SUARAM ditampar lagi dengan berita penolakan mahkamah Perancis terhadap permohonan mereka untuk menjadi plaintif bagi dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene.

Seperti yang diketahui, SUARAM, iaitu pertubuhan yang diterajui pemimpin-pemimpin pembangkang telah membuat aduan kepada mahkamah Perancis bahawa terdapat unsur-unsur rasuah yang jelas dalam pembelian kapal selam Scorpene.

Dan mengikut undang-undang negara tersebut, semua aduan perlu diterima dan disiasat sewajarnya oleh hakim penyiasat. Sekiranya aduan tersebut didapati berasas, maka kes tersebut mungkin dibawa ke mahkamah.

Dan hari ini, terdedah sudah bahawa mahkamah Perancis telah menolak permohonan SUARAM sejak dari awal lagi iaitu pada thirteen Mac 2012. Ini bermakna, setelah membuat pertimbangan atas permohonan SUARAM, mahkamah mendapati bahawa aduan tersebut adalah tidak berasas dan tidak wajar untuk dilayan.

SUARAM bagaimanapun, memfailkan semula aduan yang sama di mana jawapannya masih belum diterima sehingga kini. Dalam ertikata lain, aduan ditolak dan tiada kes yang difailkan.

Justeru, dari mana datangnya kisah mengenai perbicaraan? Sepina? Saksi dan dokumen bukti? Dari imaginasi Anwar? Atau dari imaginasi Soros?

Read more...

No comments: