KUNJU KASI TARUK! ISU BALAK HARAM DI SABAH GIMIK MURAHAN PEMBANGKANG!

Kerajaan Sabah mendakwa tuduhan pembalakan haram dalam negeri sebagai 'liar dan tidak berasas' selepas pendakwa dari Switzerland memulakan siasatan jenayah pengubahan wang haram ke atas bank UBS yang didakwa mempunyai hubungan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Siasatan tersebut dijalankan ekoran aduan sekumpulan pejuang alam sekitar yang menuduh bank tersebut menyimpan hasil daripada pembalakan di Malaysia.
Kumpulan tersebut menerusi kumpulan Bruno Manser Fund (BMF) yang berpangkalan di Switzerland memfailkan aduan ke atas Musa pada Mei atas pertuduhan melakukan pembalakan haram dan pengubahan lebih daripada AS$90 juta menerusi UBS.

Kami mempercayai dakwaan tidak berasas tersebut dibuat bermotifkan politik dan tidak didorong oleh cinta ke atas alam sekitar, kata Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan berkata dalam satu kenyataan kelmarin.

Mannan bagaimanapun mengakui dia menyedari tentang pembalakan haram yang berlaku dalam negeri tetapi mendakwa isu itu 'diperbesarkan' dengan alasan dakwaan AS$90 juta bersamaan dengan 20,000 hektar hutan ditebang.

Dia juga menambah dengan mengatakan pihak negeri mengamalkan amalan pengurusan hutan yang mapan malahan 'bertambah baik' sepanjang di bawah kepimpinan Musa.

Lesen jangka pendek yang menyebabkan kerosakan besar kepada alam sekitar kredibiliti pengurusan hutan di Sabah berada di peringkat tertinggi.

Dasar terbuka diamalkan oleh kerajaan dan semua bidang pengurusan hutan adalah terbuka kepada pihak ketiga dan juga penelitian pihak NGO.

Beliau juga berkata bahawa lesen pembalakan jangka panjang tertakluk kepada pengauditan pihak ketiga (audit bebas) sejak 2010 dan menegaskan juruaudit bebas pasti akan dapat mengesan pembalakan haram besar-besaran! jika ia berlaku.

Bagi menyangkal dakwaan itu lagi, beliau juga berkata jumlah rizab hutan di bawah kategori Kawasan Keseluruhan Terlindung (TPAS) telah meningkat kini mencecah 1.3 juta hektar atau kira-kira twenty peratus daripada keseluruhan tanah di Sabah, melebihi piawaian antarabangsa sebanyak 10 peratus.

Mannan menambah bahawa kawasan rizab hutan TPAS memiliki peningkatan terbesar di bawah pemerintahan Musa.

Beliau berkata bahawa sekurang-kurangnya 800,000 hektar hutan Sabah adalah sebahagian atau sepenuhnya diperakui di bawah pelbagai sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Forest Stewardship Council (FSC), Skim Pensijilan Balak Malaysia (MTCS) atau Pan European Forest Scheme (PEFC).

Sabah sasar untuk memiliki perakuan yang penuh di semua kawasan berlesen jangka panjang menjelang tahun 2014, kata Mannan lagi.

Ketua Jabatan Perhutanan tersebut turut mendakwa tuduhan tersebut bakal akan menyebabkan penurunan dalam jualan balak dan menyebabkan hutan Sabah kehilangan nilai ekonomi.

Beliau berkata akibatnya ia akan mengganggu usaha pemuliharaan hutan di Sabah kerana ia mungkin akan digugurkan sebagai salah satu polisi negeri.

Sumber: Sabahkini.net

Ini parian nama dia MURALI KUNJU! Cakap lebey telor tarak!

No comments: