PANAS BERAPI! MISI KE ROHINGYA ANJURAN KP1M NI SELAMAT KE?



Untuk galeri penuh foto, KLIK SINI

Jaket kalis peluru akan dibekalkan kepada sukarelawan yang bakal mengikuti Misi Kemanusiaan Bantu Etnik Rohingya anjuran Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M) bagi mengelak kejadian yang berlaku di Somalia berulang kembali.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim memberitahu, setakat ini pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan jaket berkenaan dibekalkan kepada sukarelawan yang turut serta dalam misi tersebut.

Bagaimanapun katanya, jaket tersebut hanya akan dibekalkan kepada sukarelawan yang memasuki kawasan hitam dan merbahaya sahaja dimana ia dianggap boleh merisiko nyawa peserta tersebut.



Sebaliknya tambah beliau, sukarelawan yang ditempatkan di kem-kem yang dianggap selamat tidak akan dibekalkan jaket itu.

Kita akan tingkatkan aspek keselamatan sukarelawan yang mengikuti misi ini sebab kita tidak mahu sejarah hitam yang berlaku di Somalia berlaku lagi.

Atas sebab itu kita ada meminta bantuan PDRM dan ATM untuk menyediakan jaket keselama! tan dan ia akan digunakan oleh peserta yang memasuki kawasan berisiko tinggi.

Selain itu insurans juga akan disediakan kepada setiap peserta misi ini, katanya ketika ditemui di Majlis Penerimaan Sumbangan dari Agensi Kerajaan dan Swasta untuk Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M kepada Etnik Rohingya pagi tadi.

Read more...

House PK ucapkan semoga Kelab Putera 1Malaysia berjaya dalam misi ini dan semoga Allah melidungi mereka semua yang terlibat! Aku nampak kali ni persiapa lebih mantap. Tapi kalau terjadi apa-apa maka kena terima je la.

No comments: