CILI KASI TARUK! DIMANA KEDUDUKAN USTAZ NASHA SEKARANG NI DALAM PAS?

Di sana sini, bahkan sehingga ke peringkat Mursyidul Am PAS, Nasharuddin menerima kecaman yang bukan sedikit. Tidak cukup dengan itu, golongan yang berpihak dan menjadi penyokong kuat Mat Sabu di seluruh Malaysia, menganggap Nasharuddin sebagai ANJING UMNO dan sedang meruntuhkan PAS dari dalam.

Dek kerana itulah, Dewan Pemuda PAS Kelantan telah memberi kata dua kepada pimpinan PAS Kelantan agar menghalau Nasharuddin dari Bachok dan tempatnya digantikan oleh orang lain.

Itu nasib yang diterima oleh Nasharuddin sekalipun kesetiaannya kepada PAS tidak pernah berbelah bahagi, malah sudah beberapa kali berikar tidak akan keluar atau meninggalkan PAS untuk masuk UMNO.

Di sebalik nasib malang yang diterima oleh Nasharuddin Mat Isa semenjak ura-ura Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS sendiri, dan kemudian gambarnya bersama-sama Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO, Najib Abdul Razak di Makkah bersama-sama beberapa orang ulama, masih ada usaha yang dilakukan oleh Nasharuddin Mat Isa untuk membersihkan PAS daripada kekotoran IBLIS dan PARASIT PAS.

Pada 20 Ogos lalu, satu kematian telah berlaku di Batu 16, Padang Lumat, Yan. Jam 3:00 petang, Nasharuddin Mat Isa telah mengimamkan jenazah Bilal garbage garbage bin Abdullah yang berumur 9 tahun. Allahyarham Bilal garbage garbage bin Abdullah adalah anak kepada Abdullah garbage garbage bin Hashim, ahli PAS Kumpulan thirty yang diketahui amat menentang Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Azizan Abdul Razak.

Mungkin kumpulan yang menentang Menteri Besar Kedah dari PAS tidak menyangka bahawa Nasharuddin Mat Isa akan muncul dan menjadi imam solat jenazah ahli kumpulan mereka. Apatah lagi kumpulan penentang Men! teri Bes ar Kedah seringkali dikaitkan sebagai sekutu kuat dan penyokong Mat Sabu serta ahli-ahli kumpulan IBLIS dan PARASITnya.

Hubungan antara Nasharuddin Mat Isa dengan Abdullah garbage garbage bin Hashim bukanlah baru. Abdullah merupakan antara pembantu utamanya ketika Nasharuddin berjaya menjadi Ahli Parlimen Jerai pada tahun 1999. Dengan kata lain, seperti juga Mat Sabu, Nasharuddin turut mempunyai pengaruh dan sekutunya di Kedah.

Dilaporkan seramai lebih 80 orang telah turut serta dalam solat jenazah yang diimamkan oleh Nasharuddin Mat Isa. Dan berbeza daripada tanggapgan yang diberikan oleh kumpulan PARASIT serta IBLIS PAS kononnya Nasharuddin tidak diterima oleh ahli-ahli PAS, begitu meleset memandangkan sambutan yang diberikan kepada Nasharuddin amat mesra.

Kehadiran Nasharuddin di Padang Lumat, Yan, sudah tentu memberikan petanda tertentu. Bukan rahsia lagi apabila para pengundi dan penyokong PAS di Padang Lumat marahkan Kerajaan PAS Kedah kerana sikap menganaktirikan Sekolah Menengah Taufikah Khairiyyah Al Halimiah sehinggakan pada satu peringkat, bekalan air ke sekolah tersebut diputuskan oleh SADA dan geran bantuan yang diterima dari Kerajaan Negeri semasa Kedah di bawah UMNO, dihentikan sebaik-baik sahaja PAS memerintah Kedah.

Ironinya, pada masa yang sama, Kerajaan PAS Kedah mengumumkan bantuan puluhan juta ringgit kepada sekolah-sekolah aliran Cina di seluruh Kedah!

Sekolah berkenaan sekarang ini menerima bantuan dan geran dari Kerajaan Persekutuan.... BACA SAMBUNGAN DI KEDAHAN69ERS.COM

No comments: