FUYOH! UCAPAN NAJIB YANG WAJIB KITA HAYATI!

Tidak semua perubahan yang dijanjikan boleh memberi kebaikan kepada rakyat.

Demikian antara kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, dekat Pekan hari ini.



Katanya, rakyat perlu sedar bahawa soal untuk tukar kerajaan tidak seharusnya berlaku semata-mata hanya kerana sudah sampai masa untuk membuat perubahan.

Malah, terang Najib, rakyat pelbagai golongan perlu ingat dan sedar bahawa tidak semestinya semua perubahan itu membawa kepada kebaikan.

Ada juga perubahan yang dilakukan membawa kepada sesuatu yang tidak dijangka malah lebih buruk dari apa yang kita kecapi hari ini.

Kita dalam Barisan Nasional bukan nak bawa perubahan tapi nak sesuatu yang lebih baik.

Justeru saya meminta rakyat supaya tidak membuat perubahan yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka, katanya.

Najib turut mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.

Read more...

No comments: