PANAS BERAPI! DIALOG AIR ANJURAN PAKATAN HANYALAH WAYANG MURAHAN JE!

Pengerusi Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan Dialog Air Selangor 2012 yang dianjurkan kerajaan negeri sebagai satu usaha yang sia-sia.

Ini kerana katanya, menerusi sesi dialog tersebut row yang hadir tidak berjaya menjelaskan sejauhmana krisis air yang berlaku serta jalan penyelesaiannya.

Saya mengikuti keseluruhan sesi dialog hari ini dan bagi saya dialog yang dianjurkan ini hanyalah satu dialog yang biasa kerana tak banyak perkara yang telah diperjelaskan kepada rakyat bagi membolehkan rakyat faham bagaimana proses, tanggungjawab serta peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan dan juga agensi-agensi.

Malah soalan yang dikemukakan oleh peserta juga tidak dijawab dengan tepat dan pengerusi dialog ini yang juga exco kerajaan Selangor pun tidak mahu menjawab soalan-soalan tersebut sebelum menyerahkannya kepada ahli row yang lain, katanya.

Sohaimi menambah, perjalanan sesi dialog itu sememangnya tidak memuaskan hatinya apatah lagi apabila Exco Selangor yang hadir, Dr Xavier Jayakumar sendiri tidak mampu menjelaskan tanggungjawab kerajaan negeri dalam menangani krisis air yang berlaku.

Read more...

No comments: