FUYOH! DRB HICOM MAHU BANDAR AUTOMOTIF DI TANJUNG MALIM!

DRB Hicom Bhd bercadang membangunkan semula projek bandar automotif bernilai lebih RM1 bilion di yang tergendala sejak 15 tahun yang lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan, selepas melalui perbincangan dengan kerajaan negeri, DRB Hicom bersetuju untuk menjadikan kawasan seluas 4,000 ekar di Tanjung Malim sebagai pusat industri automotif.

Syarikat berkenaan telah membentangkan pelan baru yang cukup komprehensif bagi menjadikan Tanjung Malim sebagai pusat pengeluaran utama Proton, katanya.

Beliau juga dimaklumkan bahawa satu pasukan khas telah ditugaskan untuk melawat beberapa bandar automotif terbesar di luar negara seperti Jerman yang menjadi bandar pengeluar kereta berjenama Volkswagen.

Dengan adanya perancangan besar yang dikemukan DRB-Hicom, beliau percaya projek Proton City yang dilaksanakan di kawasan itu bakal menjadi salah satu mercu tanda setelah terbiar sekian lama.

Saya percaya dengan pengurusan baru DRB-Hicom dan komitmen yang ditunjukkan juga begitu baik sekali, ujarnya.

Dr Zambry berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK, dekat sini, hari ini.

Read more...

No comments: