SOI LEK KASI TARUK CILI SAMA PEMBANGKANG DI GUNUNG RAPAT! MESTI TONTON



Tu dia Soi Lek taruk cilik sama Pakatan kat Gunung Rapat yang hanya tahu nak main politik saja. Well finished Soi Lek! Kasi taruk cili sama mereka kaw-kaw punya.

Walaupun wakil rakyat kawasan Gopeng adalah daripada Pakatan Rakyat, namun apa yang dilihat segala isu di kawasan itu ditangani oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).

Demikian kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, ketika mengulas mengenai isu berkaitan pasar awam Gunung Rapat yang perlu dinaiktaraf bagi memastikan proses jual beli dapat berjalan dengan lebih selesa.

Katanya, tahun lalu, memang ada dana yang diperuntukkan untuk membina semula pasar awam itu tetapi malangnya ia mendapat bantahan besar di kalangan peniaga.

Lanjutan daripada itu, kami telah membuat rayuan bagi pihak peniaga kepada Menteri Besar Perak dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Hasil rayuan tersebut ialah cadangan untuk membina semula pasar itu ditangguhkan buat sementara.

Hari ini, dalam lawatan yang singkat pasar ke berkenaan saya perhatikan ada beberapa tempat yang perlu diperbaiki seperti kemudahan bumbung yang beratapkan zink serta pendawaian elektrik yang sudah usang.

Kita akan bincang dengan pihak menteri untuk memohon peruntukan yang sesuai supaya sebahagian daripada pasar ini yang mempunyai masalah dapat dinaiktaraf, katanya.

Read more...

No comments: