GEMPAR BERAPI! RAKYAT SELANGOR AMOK DI DEPAN PEJABAT SUK TAMPA PEDANG SAMURAI LA!

Berang dengan sistem pengurusan negeri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hampir 1,500 rakyat negeri itu bertindak menghantar chit tuntutan kepada pemimpin tertinggi negeri.

Apa yang dilihat, semakin hari semakin terdedah tembelang kerajaan pakatan pembangkang di Selangor sehingga menyebabkan rakyat semakin sesak nafas dan tidak tahan lagi.

Justeru, kesemua rakyat yang berhimpun pagi tadi merasakan mereka perlu bertindak menyuarakan bantahan dan rasa tidak puas hati.

Demonstrasi demi demonstrasi diadakan sebagai bukti penolakan terhadap kepimpinan Abdul Khalid yang tidak lebih sebagai saudagar janji sahaja dan lebih mengutamakan kroni.

Antara intipati chit yang diserahkan oleh Ketua Seketariat GPRS, Zubir Zainuddin serta wakil NGO itu, Mohd Zainal Kamis adalah berkaitan tindakan kerajaan Selangor yang secara terang telah mempolitikkan Universiti Industri Selangor (UNISEL).

Menurut Zubir, tindakan mempolitikkan institusi pengajian tinggi itu adalah dosa paling besar Abdul Khalid kerana disebabkan kerakusan pemimpin Pakatan Rakyat itu telah menyebabkan universiti yang ditubuhkan pada 1999 untuk melahirkan modal insan di kalangan generasi muda di negeri ini bakal menjadi gajah putih.

Rakyat Selangor menjadi rimas dan semakin hilang kepercayaan dengan kepimpinan sekarang, selepas empat tahun mentadbir, kerajaan pakatan pembangkang ini bukan sahaja gagal melaksanakan janji-janji dalam declaration pilihan raya, malah terlalu lemah daripada aspek pentadbiran sehingga menjuruskan negeri ini ke arah kemunduran.

Tidak mustahil negeri yang disayangi ini akan hancur sekiranya tidak diselamatkan. Inilah kehebatan yang dimiliki oleh pemimpin pakatan pembangkang ini ya! ng hanya mampu merosakkan Selangor, katanya.

Selain itu, GPRS turut membuat tuntutan berkaitan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran Yayasan Selangor.

Jangan ingan rakyat Selangor bodoh kita tahu bahawa Laporan Audit setakat Nov 2012 menunjukkan institusi itu rugi sebanyak RM7.41 juta.

Read more...


No comments: