CILI KASI TARUK! SIAPA BIAYAI HELMI KEKASIH ELI SECARA HARAM DI INDONESIA?

Pada awal bulan Februari tahun ini, 2012, negeri Selangor digegerkan oleh laporan dari Indonesia bahawa bekas teman lelaki ahli seorang exco kerajaan negeri, Helmi Malek ditahan di Batam, Indonesia kerana telah meliwati tempoh visa masuk.

Laporan portal berita Indonesia, Detik News memberitahu Helmi mengaku dia diminta menghilangkan diri dan dibiayai oleh PKR. Petikan laporan berikut:

Saya memilih menetap di Indonesia walaupun izin tinggal telah berakhir karena di Malaysia oleh pihak keluarga dan pimpinan anggota Partai Malaysia menyarankan agar saya berubah dulu di Indonesia. Keselamatan saya tidak lagi terjamin di Malaysia ini terkait dengan ancaman terhadap saya oleh pemerintah Malaysia yang mungkin atau menjadikan saya sebagai tumbal dan alat politik dari pihak yang berkuasa di Malaysia, kata Azmin kepada petugas Imigrasi Batam.

Hilmi menghilangkan diri dari rumahnya di Ampang sebaik saja tersebar gambar bogek exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong di Internet pada bulan Februari 2009, tiga tahun dahulu, yang jauh lebih menggegerkan. Sebaik laporan polis dibuat oleh exco berkenaan, Elizabeth, Hilmi sudah tiada untuk dicari polis bagi membantu siasatan.

Apabila timbul berita ini dari Indonesia ini timbul dan dimainkan blog-blog, pejabat Menteri Besar Selangor telah membuat kenyataan bahawa pihak PKR akan membincangkan perkara ini di dalam mesyuarat, tetapi hingga kini PKR masih berdiam saja.

Hairanya, mengapa perlu kerajaan Selangor mengeluarkan kenyataan jika penangkapan ini melibatkan pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia sahaja? Jika ianya hanya melibatkan PKR seperti yang disebut Hilmi kepada pemberita, kenapa juga perlu kerajaan Selangor mengeluarkan kenaytaan?

Adakah kerajaan Selangor terlibat mengacau urusa! n penyia satan polis dengan membiayai kehidupannya di Indonesia atau membantu Hilmi lari? Secara kebetulan, Hilmi hilang dari rumahnya di Ampang dan memasuki Indonesia pada Februari 15hb, 2009 dan pada hari yang sama Elizabeth membuat laporan polis.

Tiga hari kemudian pada Februari 18hb, 20012 pula, satu sidang akhbar yang memuntahkan di ibupejabat PKR dimana Elizabeth mengumumkan mahu meletak jawatan dan menyatakan dirinya dicerobohi dan seksualitinya adalah haknya.

Beliau telah diapit oleh sebilangan pemimpin wanita PKR, DAP dan Muslimah PAS yang mana adegan menjijikan melihat mereka berpelukan tanda solidariti demi menghormati hak peribadi Elizabeth seolah-olah menyokong kehidupan tanpa moral Elizabeth.

Read more...

No comments: