Dua CEO dalam kumpulan PNB telah dikenalpasti adalah pro-pembangkang. Perlantikan ini adalah suatu kecuaian pihak pengurusan Permodalan Nasional Berhad.
PNB adalah syarikat operasi pelaburan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera. Dengan meletakkan seorang yang anti kepadda kepimpinan BN atau pro Pakatan, ia serupa meletakkan kepimpinan anak syarikat dibawah seorang yang fikiran bercanggah dengan hala tuju YPB atau PNB.
Ditambah lagi, CEO pro-pembangkang boleh menggagalkan objektif atau keupayaan syarikat. Ia buka ruang untuk syarikat disalahguna untuk kerja-kerja haram bagi parti pembangkang.
Pada bulan April, akhbar telah mendedahkan CEO Kontena Nasional Berhad, Hood Osman ada salah seorang dari empat pihak terlibat dalam satu usaha untuk mengambilalih KUBB sebagai dan bersama hopeful Anwar yang telah diketahui ramai, Faiz Abdullah.
Pendedahan CEO Kontena Nasional ini dan penglibatannya bersama Anwar Ibrahim berlaku akibat disaman lebih RM80 juta oleh Hong Leong Bank.
Menurut blog Another Brick sini, Hood adalah peguam keluaran UIA dan anak Kelantan yang pernah bekerja dengan Zaid Ibrahim.
Sebelum menyertai Kontena Nasional, dia bekerja dengan Moccis Berhad. PAda bulan Apr lepas, dia sedang melobi untuk menjadi CEO Northport Berhad dan dibantu oleh akhbar-akhbar mainstream yang agak condong ke pembangkang.
Selain Hood, seorang lagi pro-pembangkang yang hampir akan dilantik untuk jawatan CEO dalam salah sebuah anak syarikat PNB, iaitu sebuah syarikat dalam kumpulan Maybank. Orang kedua yang dimaksudkan adalah Kamaluddin Ahmad.
Dia adalah penerima biasiswa Bank negara dan belajar di University of Kent dalam sains aktuari. Baca laporan Sundaily sini.
Kamaluddin ini berasal dari Parit Raja Batu Pahat dan merupakan anak guru yang penyokong kuat UMNO. Sikapnya berubah menjadi amat kritikal terhadap kerajaan sebaik dia bekerja di American Insurance Group.
Semasa di AIG, dia mengikut sangat propaganda barat untuk kuat mengkritik polisi "capital carry out as well as ringgit pegging" yang berjaya diguna Tun Dr Mahathir pada September 1998.
Bukan setakat itu, dia menyelar Dr Mahathir dengan terbuka sebagai hipokrit kerana menjemput banker Wall Street melabur ke Malaysia ketika menziarahi New York. Antara kata-katanya ketika itu adalah "Dr Mahathir is hypocrite. How could we await him as well as the Government".
Sebagai seorang terpelajar, dia sepatutnya memahami perbezaan antara geopolitik dan hubungan dagang dengan ahli perbankan profesyenal Wall Street. Turut juga beza adalah peranan ketua negara dalam hubungan rasmi dengan pandangan peribadi.
Ditakdir tuhan, ketika dia Naib Presiden, AIG berhadapan dengan masaalah kewangan yang teruk pada 2008. Dia kekal bersama Chartis sebelum menyertai anak syarikat Khazanah, UEM tahun lepas.
Kini PNB dan Maybank berhasrat melantiknya menjadi CEO Mayban Etiqa.
Bagaimanakah dua kes perlantikan ini boleh terjadi? Adakah pihak pengurusan PNB sudah begitu cuai sekali?
Adakah oleh kerana Tan Sri Khalid Ibrahim datang dari PNB dan menjadi penyokong kuat Anwar maka PNB ! telah ja di pembiakan penyokong Pakatan Rakyat?
Bekas staf dan pengurus PNB ada yang kemudiannya bersama Pakatan Rakyat atau menyokong PKR seperti bekas Setiausaha Agung PKR, Dato Salehuddin Hashim, Dato Anuar Mohd Nor (kini kumpulan Semesta), Aspan Alias (DAP), Tan Sri Khalid Ibrahim, Tan Sri Ahmad Don, dan lain-lain.
Tetapi ketika di PNB, mereka ini menyokong ideologi kebangsaan. Ini berbeza sekali jika CEO ini sudah mengetepikan bulletin kebangsaan dan berfikiran berteraskan idealogi liberal Pakatan Rakyat ketika masih menerajui syarikat PNB.
Ini adalah sesuatu yang sangat merbahaya. Isunya bukan mengenai hak untuk mendapat pekerjaan atau bertentangan dengan konsep meritokrasi.
Apabila seseorang itu tidak merupakan penyokong kerajaan yang memerintah, kemungkinan besar dia akan melakukan tindak tanduk yang bertentangan dengan polisi atau aspirasi kerajaan yang telah diberi mandat oleh rakyat terbanyak.
Dikhuatiri mereka tidak bersikap profesyenal, lalu mengengkari seruan dan polisi kerajaan, hingga sabotaj usaha kerajaan.
HOUSE PK: Ini adalah petikan dari The Unspinners. Aduh, susah la macam ni, asyik dok lantik calon-calon bebal yang akan memusnahkan PNB je. Tolong la buat sesuatu. Bahaya kalau dibiar macam ni.
No comments:
Post a Comment