PANAS BERAPI! BILA TUANKU AZIZ BERSUARA, DAP GUNA PENGKHIANAT MELAYU UNTUK HENTAM DIA!

KELMARIN Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim buat hal lagi. DAP terus pening kepala. Kali ini beliau menekankan lagi soal dia cuba disogok.

Biadab sungguh dia (Lim Guan Eng) mengarahkan seorang budak untuk menyampaikan mesej apatah lagi merasuah saya RM50,000 kononnya saguhati untuk terus kekal di bawah pimpinan DAP, kata Tunku Aziz dengan nada cukup keras pada sidang akhbar di rumahnya.

Sogok? Sogok itu macam rasuahkan? DAP mahu rasuah? Benarkah? Jika tidak benar DAP kena buat inform polis. Dakwaan itu cukup serius.

Jika itu fitnah, DAP kena saman Tunku Aziz. Jika saya menulis dakwaan ini, mungkin saya joke akan kena saman, kerana saya turut memfitnah.

Saya masih tidak percayalah DAP buat kerja macam itu. Nak sogok seorang Melayu untuk kekal dalam partinya? Apa hebatnya sangat Melayu dalam DAP? Atau orang Melayu sudah cukup penting bagi DAP di masa-masa dekat pilihan raya ini.

Benarkah Lim Guan Eng mengarahkan budak hingusan itu menyogok Tunku Aziz? Marah betul kerabat diraja Kedah itu.

Tunku Aziz dikenali sebagai seorang yang berintegriti tinggi joke mahu disogok? Beliau ialah pengasas Transparency International-Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah Transparency International, sebuah pertubuhan antikorupsi sedunia. Budak yang dihantar untuk menyogoknya pula ialah setiausaha politik Guan Eng, iaitu budak separuh Melayu. Namanya ialah Zairil anak bekas pemimpin UMNO, Allahyarham Khir Johari.

Read more...

No comments: