MENURUT media pro-kerajaan, BERSIH 3.0 telah gagal dengan teruk sekali.
Tetapi menurut Ambiga, Anwar dan pembangkang Malaysia keseluruhannya, BERSIH 3.0 telah berjaya mencapai matlamat.
Alasan pembangkang menyatakan ia berjaya adalah berdasarkan jumlah peserta yang dikatakan mencapai 300,000 di seluruh negara.
Namun, kebenarannya ialah bahang BERSIH 3.0 hanya dirasakan dalam jarak 10km radius dari Dataran Merdeka.
Jauh sedikit dari itu, orang ramai menjalankan kehidupan mereka seperti tiada apa-apa berlaku. Jika ditanya mengenai BERSIH pula, mereka rata-ratanya akan mencemuh dan tersenyum sinis.
Ramai bersetuju bahawa hanya orang-orang yang benar-benar buta tuli atau bodoh sahaja yang akan turun berdemonstrasi dalam usaha untuk menghuru-harakan negara yang aman damai.
Jika tidak kerana ramai yang meluahkan rasa menyampah terhadap BERSIH 3.0 di dalam laman-laman sosial, maka tidak keterlaluan dikatakan bahawa penganjur BERSIH 3.0 bersama dengan 25,000 jumlah peserta yang turun pada 28 April tersebut, hanyalah syok sendiri.
Read more...
No comments:
Post a Comment