PANAS BERAPI! ZAMBRY MINTAK NIZAR LAHANAT DISIASAT ATAS TUDUHAN MENGHASUT!

Tuduhan terbaru Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan melakukan kudeta atau rampasan kuasa jika tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13) dikhuatiri boleh mengancam keselamatan dan rakyat negara ini jika tidak ditangani segera.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menggesa pihak berkuasa iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat tuduhan yang dilemparkan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kerana kenyataan itu sangat melampau, keterlaluan dan bersifat hasutan.

Katanya, Nizar dalam satu ceramah di Taman Desa Pakatan, dekat Pengkalan Isnin lalu, menggambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah meminta pemimpin tentera melakukan `sesuatu sehingga tercetus pertikaman lidah antara mereka.

Nizar bukan sahaja celupar dan berbohong dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi juga mempraktikkan perkara sama di luar dengan mengeluarkan tuduhan yang berasas tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat dan negara ini.

Beliau juga tidak berasa bersalah sebaliknya terus berbohong dan memperdaya rakyat bahawa BN akan melakukan rampasan kuasa jika tewas pilihanraya umum akan datang.

Kenyataannya itu sangat serius dan kita harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, hari ini.

Read more...

No comments: