Saya amat berterima kasih kepada seorang pembaca blog saya yang bernama saudara Zaidi yang melakukan kerja ini. beliau telah bersusah payah menterjemah artikel yang saya tulis dalam bahasa Inggeris. Amatlah tinggi hutang budi saya kepada beliau dan terjemahan yang beliau telah lakukan amat baik sekali. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Zaidi diatas usaha beliau ini. seterus nya saya berharap pembaca budiman terutama yang berbangsa Melayu akan menghargai usaha saudara Zaidi ini. sakmongkol.
Sebahagian daripada pembaca sudah dapat meneka bahawa artikel saya yang lepas meminjam tajuk daripada buku Francis Fukuyama yang masyhur itu. Saya ragu-ragu tentang seorang penulis yang menulis Najib sebagai PM bagi Negara yang memberkati dan bukannya Negara yang diberkati (ini merujuk kepada kesalahan bahasa bagi seorang blogger daripada Jerantut penterjemah), saya tidak yakin dia pernah membaca buku Fukuyama tersebut. Jika dibacapun, mungkin dia tidak faham isi kandungan dan gagasan thought buku tersebut. Saya tiada masa untuk berdebat dengan beliau yang mana akan memuliakan lagi blog yang tidak mendapat sambutan itu.
Saya mengaku satu perkara. Blog saya kini tidak lagi berselindung sebagai forum perbahasan yang tidak berat sebelah. Semenjak menyertai DAP saya cuba mengemukakan sudut pandangan yang objektif dan semakin berfungsi sebagai orang yang menyebarkan cebisan-cebisan pandangan dengan objektif politik yang khusus. Saya tidak perlu menjelaskan dengan terperinci kerana ramai yang tahu apa yang saya maksudkan di sini.
Kembali kepada buku Fukuyama "Berakhirnya Sejarah". Buku ini menerangkan tentang berakhirnya pemerintahan kuku besi dan tidak demokrasi di seluruh dunia. Samada berakhirnya jenis pemerintahan tersebut dan digantikan dengan demokrasi bebas dengan maksudnya yang sebenar masih belum pasti. Apa yang berlaku diseluruh dunia adalah seperti berikut SEMUA pemerintah kuku besi dan tidak demokrasi di dunia sekarang! terpaks a menyesuaikan diri dengan kenyataan baru yang akibat daripada beralihnya kekuasaan kepada rakyat. Inilah yang berlaku kepada Negara kita ini. Hasilnya, walaupun banyak cakap-cakap besar yang "tidak malu" bahawa PM semakin popular, janji-janji pembangunan yang gagal di laksanakan setelah sekian lama, jelas kelihatan kerajaan yang memerintah pada hari ini semakin resah dan gelisah ; nampaknya keadaan sudah lagi tidak seperti biasa.
Perangai yang jelas kerajaan hari ini suka memijak rakyat dan merempuh mereka dengan polisi-polisi yang menindas dan program-program yang membelenggu jiwa rakyat yang bebas. Yang paling teruk ialah orang Melayu, selamanya dibutakan dan terikat dengan jentera penipuan UMNO.
Di sini saya akan menyambung dan menggunakan kebanyakan bahan yang telah ditulis oleh seorang yang rajin member komen di blog saya iaitu Walla. Pemerhatiannya adalah perkara yang dikemukakan oleh Fukuyama dari segi perkembangan sejarahnya juga sedang berlaku di Negara kita kerana rakyat telah mulai sedar apa yang UMNO lakukan selama ini. UMNO ini seperti sebuah mesin yang berkerja bersama-sama untuk melindungi kroni-kroni sambil mengeluarkan berita-berita baik setiap hari bagi memberikan perasaan gembira kepada rakyat. UMNO tidak lebih dari kumpulan perkongsian penyamun dan penipu yang memainkan emosi rakyat yang lurus itu.
Sebagai contoh peristiwa di Dataran Merdeka kelmarin. Sambil mereka mengupah penghibur-penghibur untuk menari di situ dan menujukkan senyuman kepada kamera supaya penonton-penonton di seluruh Negara terpaku dengan persembahan cahaya dan bunyinya, ada pula pelajar-pelajar kita yang berkumpul di satu sudut di dalam khemah-khemah mereka di dataran yang sama begitu simbolik masalah Negara kita ini. Pelajar-pelajar ini telah berkorban dengan beraninya menyuarakan rasa ketidakadilan bagaimana satu parti politik dengan sewenang-wenangnya memberikan jutaan ringgit kepada kroni-kroni tetapi menafikan biasisiswa kepada pelajar misk! in dan m engupah kaki pukul untuk membuli mereka dan merampas khemah mereka.
Ini adalah bukti "sudah terang lagi bersuluh" bahawa UMNO mengambil laluan yang bertentangan dengan kata-kata "Rakyat didahulukan". Kalau ini bukan hipokrit yang bertentangan dengan "rakyat didahulukan" apa lagi yang tinggal? Dan Najib berkokok ayam tentang rekod pencapaiannya dan gagasan gagasan thought beliau. Sedangkan UMNO sendiri telah menolak thought beliau. Adakah kita akan menebalkan muka dan memperdaya diri sendiri dan memaksa diri dan keluarga kita untuk menerima sahaja lakonan dan cakap-cakap kosong oleh Najib? Dia memang seorang penjual obat.
Sementara itu pencacai-pencacai UMNO mula menyerang Aspan membuta tuli dengan perkara yang tidak masuk akal. Lupakah sipencacai ini bahawa dia pernah duduk di sebelah Aspan dan secara ikhlas dan penuh bersopan membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu kita di Negara ini?
Jika pencacai ini tergamak melakukan perkara sedemikian kepada rakannya yang jujur dan budiman , apakah lagi yang kita boleh harapkan daripada budi pekertinya untuk mempertahankan Tuan Besarnya iaitu UMNO?
Inilah apa yang UMNO telah lakukan kepada Negara dan masyarakat kita. UMNO telah memecahbelah dan memisahkan dirinya daripada kita. Malah lebih teruk lagi, UMNO telah menghina kita. Bukankah sebelum ini ada orang yang telah mengaku bahawa dia bukan murahan yang akan menerima dua ratus ringgit ?
Apa yang mereka tidak sedar ialah UMNO menganggap orang yang menerima duit daripadanya sebagai murahan. Wang RM 200 yang di bayar kepada pencacai adalah duit syiling kepada orang yang menabur duit yang sebenarnya dikutip daripada rakyat. Syiling RM 200 ini adalah sedekah daripada mereka tetapi ini terlalu sedikit jika dibandingkan dengan betapa banyak duit yang telah dirompak di siang hari oleh Tuan Besar di bawah perlindungan institusi persekutuan di Negara kita ini. Agaknya ini adalah sebahagian daripada prose! s penyuc ian jiwa mereka. Perangai bengap ini mesti ditamatkan menjelang PRU 13.
Lihat sahaja lakonan badut-badut sebagai contoh iklan di TV oleh Pemandu mengenai anti rasuah. Tanyalah diri kita bagaimana sebuah kerajaan boleh meminta syarikat-syarikat untuk membuat akujanju untuk tidak rasuah sedangkan kerajaan sendiri menghadapi masalah rasuah? Kita akan mengumpul banyak markah A jika kita jujur di dalam menjawab soalan-soalan tersebut. Muhyidin dan Khaled tentu tidak kisah kerana mereka tidak pernah terlepas perkara yang mereka tidak pernah dapat mereka sendiri jarang dapat A .
Masih ada yang tertanya-tanya apakah yang akan berlaku kepada UMNO selepas PRU13. Jawabannya sudah ada. Lihat sahaja di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan. UMNOlah pembangkang di negeri itu. Inilah yang akan berlaku jika Pakatan menumpaskan Barisan di dalam PRU13.
Di dalam negeri yang di kuasai Pakatan, adakah orang Melayu di situ lebih teruk keadaanya? Sudah hilangkah ketuanan Melayu ? Pelik bukan bila beberapa orang "Melayu" yang mengadu ditindas dan dianiaya itu tidak menyerupai orang "Melayu"?
Seperti yang saya nukilkan sebelum ini, cara terbaik untuk mengetahui perangai sebenar sebuah parti itu ialah ketika parti itu tidak memerintah. Apabila parti itu menjadi pembangkang adakah mereka benar-benar membela rakyat. Adakah UMNO yang menjadi pembangkang benar-benar cakna dan prihatin dengan masalah rakyat seperti mana pembangkan di negeri yang dikuasai BN?
Mari kita tanya diri kita sendiri jika Najib terpaksa mengupah penunggang motosikal untuk membawa bendera dan NGO UMNO boleh membuli dengan menghunus keris melawan gerakan pelajar dan rakyat, di sebelah manakah UMNO? Justru di sebelah mana pula Najib dan NGO UMNO? Maaf kerana markah A amat terhad.
Adakah anda bersama yang menzalimi atau yang dizalimi?
More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
No comments:
Post a Comment