CILI KASI TARUK! NAMPAKNYA KSN DAN KPPA TETAP BERKERAS DAN TAK MAU LETAK JAWATAN!

Hari ini terpampang di dada-dada akhbar perdana tentang pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Yang melucukan Utusan Malaysia membawa tajuk Hadiah Untuk Penjawat Awam, apakah cadangan yang di bawa pada peringkat awal oleh JPA di bawah KSN yang memang cadangan tidak masuk akal apabila di mansuhkan ia merupakan hadiah atau kalau diteruskan ia merupakan bala mala petaka?

Bagaimana cadangan ini boleh terlepas pandang oleh KSU-KSU, KSN dan KP?sehingga DS Najib terpaksa masuk campur dan akhirnya atas desakkan CUEPECS ia dimansuhkan. Malah lebih katon (cartoon) lagi Anwar Ibrahim pula mencanangkan kepada rakyat kerana PKR lah cadangan ini dimansuhkan.

Hakikatnya Jabatan Perkhidmatan Awam dan KSN tidak perihatin dengan sensitiviti kakitangan di bawah sehingga menjejaskan kewibawaan DS Najib yang sedang terkial-kial membina kembali keyakinan rakyat kepada kepimpinanan beliau.

Baik apa juga perkiraan samaada sedar atau pura-pura tidak sedar dasar yang ingin diketengahkan seharusnya peoples friendly atau winnable policy kerana PRU13 is around the corner'.

House PK: Ini petikan dari blog Mummy Rokiah, dia merupakan salah seorang blogger otai. Aku sokong apa yang dicakapkan oleh Mummy ni. Lagipun, banyak kedengaran sekarang ni bahawa KSN dan KPPA ni memang orang Al Juburi.

Kalau dibiar mereka ni, hancur la kerajaan nanti, ada baiknya mereka ni disarakan dengan kadar segera. Semalam blog ini telah meminta agar mereka meletakkan jawatan kalau mereka ni bermaruah. tapi nampak gayanya memamng takde maruah la mereka ni, sebab tak letak jawatan pun lagi.

Diharap PM tidak akan renew lagi kontrak mereka berdua atau lagi best tamatkan awal!

No comments: