Guan Eng pohon ampun, Umno bila pula? Aspan Alias

30 SEPT Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana bertindak untuk memohon ampun kepada Sultan Johor kerana isu kenyataan beliau di Singapura baru-baru ini. Kenyataan beliau itu telah di isukan sebagai kenyataan yang memburuk-burukan negeri Johor serta Sultan yang menaungi negeri itu.

Guan Eng telah memohon ampun dan maaf kepada Raja yang menaungi rakyat dan negeri Johor. Beliau memohon ampun jika kenyataan yang belum tentu kesahihannya itu menyinggung perasaan kebawah Duli Tuanku Johor.

Tindakan Guan Eng ini melambangkan sifat gentleman beliau dan memahami yang negara kita mempunyai Raja-Raja Melayu yang rakyat patut menzahirkan ketaat setiaan kepada Raja-Raja Melayu sentiasa. Tindakan memohon ampun ini adalah satu sifat kepimpinan yang tinggi dan merendah diri yang ada kepada pemimpin muda ini.

Sekarang saya ingin pula menunggu bila pula Umno untuk memohon ampun dan maaf kepada Raja-Raja Melayu kerana menghina Raja-Raja Melayu semasa krisis Perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. Sehingga sekarang Umno belum lagi memohon ampun kepada Kebawah Duli Raja-Raja Melayu kerana menelanjangkan kewibawaan Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan itu.

Jika Umno benar-benar parti yang melindungi orang Melayu dan Raja-Rajanya maka parti itu tidak sepatutnya teragak-agak untuk memohon maaf di atas sikap kurang ajar serta merendah-rendahkan martabat Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 dahulu.

Perlakuan Umno terhadap Raja-Raja semasa itu amat memalukan kerana Umno menghina Institusi Raja yang menjadi teras kepada identiti dan maruah orang Melayu. Jika benar Umno sudah sedar yang Institusi Raja itu penting parti itu tidak sepatutnya teragak-agak untuk memohon ampun daripada Raja-Raja Melayu kerana keterlanjuran itu.

Umno sepatutnya mengikut langkah DAP dengan memohon ampun jika melakukan tindakan yang sangat mendhaifkan yang Umno lakukan semasa krisis perlembagaan itu. Guan Eng tidak menunggu lama untuk memohon ampun wa! lau joke beliau belum mendapati rakaman ucapan beliau di Singapura dalam "private function" di Singapura itu. Yang penting bagi Guan Eng ialah beliau tidak mahu melihat Tuanku Sultan merasa tersinggung kerana pentingnya institusi itu dihormati dan disanjungi.

Umno sepatutnya memohon ampun di atas kerana besar parti itu kepada Institusi Raja-Raja itu. Umno patut mengadakan perhimpunan Agong Khas untuk memohon maaf kepada semua Raja-Raja Melayu.

Selagi Umno tidak memohon ampun selagi itulah Umno masih derhaka kepada Raja yang menaungi negara bertuah ini. aspanaliasnet.blogspot.com

* This is the personal opinion of the bard or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

The Malaysian Insider :: Side Views

Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: