August 3, 2011
www.ariffdanaspan.blogspot.com
Misteri gentar mempertahankan 1 Malaysia
oleh Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz dan Aspan Alias
Hari ini kita membaca kenyataan bahawa PM kita gentar mempertahankan konsep 1 Malaysia. Sedangkan kita lihat, petanda dan pitch 1 Malaysia di serata tempat. Di lapel kot dan baju ada pitch 1 Malaysia. Si tukang buat pinned token jadi kaya kerana membekal pinned token dan lencana 1 Malaysia. Di corong TV, hasil kerja kuat Menteri Penerangan, kita di lambakkan dengan cenderamata 1 Malaysia.
Maka, mana mungkin sesiapa gentar mempertahankan 1 Malaysia? Mungkin kita jadi gentar sebab orang UMNO , parti yang di ketuai oleh PM kita, mengalami tekanan kelam kabut serta tidak karuan fikiran mereka. Bayangkan, semenjak 1981 dan berkemuncak pula dari 1988 apabila UMNO baru di ujudkan, orang UMNO hanya ada satu sahaja paradigm, iaitu bercakap segala celebration nya dari sudut kepentingan orang Melayu.
Tiba tiba, tahun 2010, setelah lebh thirty tahun bercakap dari sudut Melayu sentrik, orang UMNO di suruh bercakap mengenai 1 Malaysia. Bagaimana mereka tidak bercelalru fikiran? Selama ini mereka hanya tahu bercakap serta beroperasi atas landasan pro- perkauman, Najib Razak pula suruh mereka cakap tidak perkauman.
Sebab itu, ketika selesai Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu, kami melihat para perwakilan semua menolak thought thought besar Najib. Secara keseluruhan thought Najib mengenai 1 Malaysia, mengenai transformasi ekonomi, ! mengenai segala nya lah, di tolak. N! amun, ak hbar arus perdana tidak menghuraikan perkara ini. Maka elok pula saya mengingatkan nya.
Bila Najib cakap mengenai 1 Malaysia, perwakilan bercakap mengenai Ketuanan Melayu atau Melayu di dahulukan. Apakala Najib bercakap mengenai transformasi ekonomi, para perwakilan mendesak dasar ala DEB di kembalikan. Akhirnya, modal untuk Najib mempertahankan diri ialah mengistiharkan bahawa dia anak Tun Razak. Yang ini, tentulah tidak ada orang boleh nafikan.
Tapi apakah penilaian kita apabila seseorang hanya boleh mempertahankan diri nya, dengan resort kepada mengingatkan perwakilan bahawa dia anak Tun Razak? Kepada saya itu sudah jelas menunjukkan Najib tidak terdaya mempertahankan thought thought besar nya atas dasar merit.
Jadi deep down orang Melayu curiga dengan wawasan Najib. Setelah thirty tahun bercakap dan menghidupkan cita cita Melayu Raya dalam segala aspek kehidupan, kita di kehendaki mengubah haluan. Sampai bila bila pun, matlamat dan bulletin orang Melayu tidak akan dapat di capai dan ianya akan di tunda untuk jangka waktu yang tidak dapat di tentukan.
Keadaan yang melanda orang Melayu hari ini, terutama nya orang UMNO tidak ubah seperti orang yang baru hendak belajar solat dan puasa.
Seorang ustaz bertanya pada sahabat nya, wok weh, mengapa kamu tidak berpuasa, maka sahabat nya menjawab, bagaimana mahu puasa sedangkan aku tidak sembahyang. Bukan kah ulamak mengingatkan kita, kalau kita puasa tapi tidak sembahyang, maka puasa kita jadi sia sia kerana yang kita dapat ialah berlapar.
Tidak mengapa, kata ustaz. Ana akan ajar kami cara sembahyang dan kifayat berpuasa. Maka si ustaz pun mendidiklah sahabatnya tadi kifayat solat dan puasa.
Namun setelah beberapa minggu, ustaz menjadi heran, mengapa! setiap kali sesudah mengangkat takbir, sahabatnya tadi akan menggulung sejadah dan menyimpan nya. Perbuatan ini di lakukan secara istiqamah. Setiap kali setelah bertakbir, sahabatnya secara konsisten akan menggulung sejadah dan menyimpan kan nya.
Maklum sajalah, thirty tahun tidak solat. Itulah amalan kebiasaan. Tentulah kelam kabut dan celaru otak si empunya diri untuk melakukan perubahan.
Maka satu hari, kerana tidak tahan melihat perbuatan tersebut , si ustaz menghampiri sahabat nya untuk memastikan apa sebenar nya berlaku.
Rupa rupa nya misteri mengapa sahabat nya menggulung sejadah setiap kali setelah bertakbir akhir nya terbongkar. Rupa rupa nya ustaz tadi terdengar niat yang di pasang. Ketika mengangkat tangan untuk betakbir, dia mendengar sahabat nya berkata:
Sahaja akai solat sekian sekian, ESOK HARI kerana Allah Taala. Lantas setelah niat di jatuhkan, kawan nya menggulung sejadah. Maka matlamat untuk mendidik sahabat nya tidak kesampaian.
Demikian lah yang terjadi kepada orang UMNO. thirty tahun membiasakan diri bercakap dan beroperasi atas landasan Melayu di dahulukan, tiba tiba imam menyuruh menukar haluan.
Maka niat orang UMNO: Sahaja aku menSATUkan Malaysia setelah mendahulukan Melayu esok hari .
No comments:
Post a Comment