PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong penuh cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti November ini.
Katanya beliau bimbang pertandingan bagi dua jawatan tertinggi yang masing-masing disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan menyebabkan perpecahan dalam Umno dan juga orang Melayu.
"Mengikut amalan demokrasi, kita patut ada pertandingan tetapi orang Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar. Kalau kalah, mereka akan tarik diri (keluar parti) dan tubuhkan parti lain dan ini menyebabkan orang Melayu dan Umno berpecah lagi.
"Sehubungan itu, saya sokong kalau ada pertandingan tetapi bukan untuk dua jawatan di puncak sekali iaitu presiden dan timbalan presiden.
"Saya biasa bertanding dulu (jawatan presiden Umno) dan saya menang dengan 43 undi saja tetapi pihak yang kalah telah bawa (mendakwa) saya ke mahkamah dan menubuhkan parti lain... Orang kita (Melayu) berpecah kerana pertandingan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Dr Mahathir sebelum itu melancarkan buku 'The Prisoners Diaries' yang disunting oleh Puan Sri Norma Hashim daripada Viva Palestina Malaysia.
Buku setebal 125 muka surat itu dihasilkan Viva Palestina Malaysia dengan kerjasama Centre for Political & Development Studies di Gaza, menceritakan pengalaman banduan Palestin di penjara Israel.
Buku itu dijual dengan harga RM20 dan semua keuntungan daripada jualan akan diguna untuk membiayai projek kewartawanan dalam kalangan rakyat di Gaza.
Sementara itu, Dr Mahathir melahirkan kekecewaan apabila kuasa-kuasa besar yang lantang menyuarakan keadilan dan pemerintahan mengikut kedaulatan undang-undang "menghalalkan" tindakan Israe! l memenj ara rakyat Palestin untuk ditukar sebagai tebusan jika askar Yahudi ditahan di Palestin.
"Israel merupakan satu-satu negara di dunia yang menahan rakyat musuh untuk pertukaran tebusan
"Lima ratus banduan Palestin yang ditahan akan digunakan sebagai pertukaran untuk seorang askar yang ditahan di Palestin," katanya.
Dr Mahathir juga mengecam tindakan Israel yang sewenang-wenang melakukan apa sahaja termasuk melancarkan serangan di perairan antarabangsa dengan hanya alasan "bertindak atas kepentingan keselamatan".
"Semuanya pasal keselamatan Israel, seolah-olah keselamatan orang lain tak penting... Inilah ketidakadilan yang berlaku tetapi ia dihalalkan negara-negara yang lantang menyuarakan keadilan," katanya. - BERNAMA

House PK: Ayahanda has spoken. Aku sokong!
No comments:
Post a Comment