TAHNIAH DR ZAMBRY KERANA MENJADI MB PERAK UNTUK PENGGAL KEDUA.

ADUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak Ke-12 di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah, dekat Kuala Kangsar.

Pelantikan itu mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak selepas kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.

Zambry dilantik memegang jawatan itu untuk dua penggal berturut-turut selepas kali pertama mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar pada tanggal 6 Februari 2009 selepas mengambil alih pentadbiran negeri daripada Pakatan Rakyat (PR).

Bercakap kepada pemberita pada sidang media pertamanya di kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh, Zambry menzahirkan rasa syukur kepada Allah kerana proses pelantikan berjalan lancar tanpa sebarang ganggu-gugat.

Insya-Allah saya akan memikul tanggungjawab ini seperti yang diamanahkan kepada saya serta meneruskan dasar-dasar yang kita tetapkan di bawah gagasan Perak Amanjaya demi kesejahteraan rakyat jelata, katanya.

Ditanya mengenai barisan exco yang akan dibentuk, Zambry yang juga Pengerusi BN Perak, berkata pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat selepas mendapat perkenan daripada Sultan Perak dan juga pandangan Pengerusi BN merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menjelaskan, barisan exco kerajaan Perak akan membabitkan gandingan muka lama dan baru untuk berkhidmat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ditanya mengenai jawatan Penasihat Khas kepada Menteri Besar yang dipilih bagi mewakili India meskipun calon MIC tewas di keempat-empat empat kerusi yang ditandinginya pada PRU-13, Zambry berkata, BN Perak akan mengotakan janjinya kepada ma! syarakat India di negeri itu.

Kita akan kotakan janji kepada kaum India dan saya akan mendapatkan pandangan daripada Presiden MIC mengenai perkara ini untuk menentukan calon yang boleh diketengahkan, katanya lagi.

Pada sidang media itu juga, Zambry ditanya mengenai sokongan kaum Cina yang begitu mengecewakan terhadap BN pada PRU-13.

Beliau menjelaskan, sokongan kaum Cina kepada BN bukan sahaja merosot di Perak tetapi juga di seluruh negara.

Kita akan buat kajian terperinci dan mendalam mengenai perkara ini, katanya.



Mengulas berkaitan tindakan pembangkang mahu membantah keputusan PRU-13 kepada SPR, Zambry berkata, ia terpulang kepada mereka memandangkan ia hak masing-masing dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Ditanya samada pembangkang memboikot majlis pelantikan Menteri Besar, beliau berkata, ia tidak seharusnya terjadi jika mereka dapat menerima keputusan rakyat yang memilih BN untuk mengetuai kerajaan dengan hati yang terbuka.

Sumber: Perak Today

House PK: Apa la pembangkang ni? Dulu kata kerajaan ramapasan tak mau iktiraf, kali ini rakyat pilih pun mau boikot lagi ka? Apa punya bahalol punya pembangkang la kita dapat ni? Aduh! tapi takpa aku percaya Dr Zambry akan majukan negeri Perak dengan lebih hebat lagi, kita dah nampak Perak dah mula maju sejak 4 tahun kebelakangan ini dan aku harap Perak akan lebih maju lagi lepas ni. Tahniah Dr Zambry!


No comments: