KUALA LUMPUR 23 FEB: Flora Ong, wanita yang didedah Deepak Jaikishan kerana didakwa memiliki hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, dipercayai hampir mengalami nasib sama dengan warga Monggolia, Altantuya Shaariibu.
Bercakap kepadaKeadilan Daily, Deepak mengaku menerima arahan daripada Datuk Seri Rosmah Mansor untuk mencari Flora di rumahnya di Ampang bersama beberapa orang lain untuk dibawa menemui isteri Perdana Menteri itu.
"Rosmah marah apabila dapat tahu Flora dianugerah projek dari suaminya. Bagaimanapun, Flora enggan mengikut Deepak untuk bertemu Rosmah kerana bimbang mengalami nasib sama seperti Altantuya," katanya.
Deepak mendakwa, Rosmah mengarahkannya untuk mencari dan membawa Flora bertemu dengannya selepas mengetahui wanita berkenaan dianugerah dua kontrak secara runding terus oleh Najib Razak berdasarkan hubungan 'rapat' mereka.
Katanya, Flora dianugerah projek bernilai RM2 bilion di Sabah dan Sarawak yang dibayar pendahuluan melalui sebuah bank utama Amerika berpangkalan di Singapura manakala satu lagi projek ialah rawatan air di Lembah Pantai.
"Bagaimanapun, hal ini 'reda' beberapa hari kemudian selepas Setiausaha Kanan Politik dari Kementerian Kewangan, Datuk Zakiah Ibrahim yang bertanggungjawab memperkenal Flora kepada Najib, dipecat..
"Saya juga diarah menyampaikan amaran kepada Flora supaya tidak berhubung dengan Najib," katanya. - mimpi senja
Read More @ Source Bercakap kepadaKeadilan Daily, Deepak mengaku menerima arahan daripada Datuk Seri Rosmah Mansor untuk mencari Flora di rumahnya di Ampang bersama beberapa orang lain untuk dibawa menemui isteri Perdana Menteri itu.
"Rosmah marah apabila dapat tahu Flora dianugerah projek dari suaminya. Bagaimanapun, Flora enggan mengikut Deepak untuk bertemu Rosmah kerana bimbang mengalami nasib sama seperti Altantuya," katanya.
Deepak mendakwa, Rosmah mengarahkannya untuk mencari dan membawa Flora bertemu dengannya selepas mengetahui wanita berkenaan dianugerah dua kontrak secara runding terus oleh Najib Razak berdasarkan hubungan 'rapat' mereka.
Katanya, Flora dianugerah projek bernilai RM2 bilion di Sabah dan Sarawak yang dibayar pendahuluan melalui sebuah bank utama Amerika berpangkalan di Singapura manakala satu lagi projek ialah rawatan air di Lembah Pantai.
"Bagaimanapun, hal ini 'reda' beberapa hari kemudian selepas Setiausaha Kanan Politik dari Kementerian Kewangan, Datuk Zakiah Ibrahim yang bertanggungjawab memperkenal Flora kepada Najib, dipecat..
"Saya juga diarah menyampaikan amaran kepada Flora supaya tidak berhubung dengan Najib," katanya. - mimpi senja
More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment