RAKYAT SABAH WAJAR SOKONG DAP




ROSAK...Jalan masuk Taman Mesra membuktikan MPS mengabaikan tanggung jawab mereka.

Oleh: SHAIMON S JUMADIFoto: SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN : Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Bahagian Sandakan yang diadakan di hadapan perkarangan pejabatnya di Bandar Litat, Jalan Utara dekat sini malam tadi telah dihadiri lebih 1,000 orang yang terdiri daripada lapisan masyarakat berbilang kaum.

Dalam ucapan, Pengerusi DAP Sandakan, Steven Wong antara lain mendedahkan beberapa perkara antaranya yang menjadi isu ialah kerosakan jalan raya dari Batu 32 sehingga ke Kinabatangan dan Lahad Datu telah menjadi kemarahan seluruh rakyat jelata kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Isu kedua ialah bekalan air paip sering terputus termasuk bekalan elektrik boleh dikatakan setiap hari terganggu dan ini menyebabkan rakyat marah terutama sekali masyarakat Cina 80 peratus sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan Kerajaan BN.

Selain itu, kata Steven Wong kebanyakan kerosakan jalan-jalan di kawasan taman-taman perumahan langsung tidak diselenggarakan walaupun penduduk berkali-kali membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) la! ngsung t idak indahkan sebagai contohnya jalan Taman Mesra berlubang sana berlubanginisehingga sekarang tidak diambil tindakan langsung oleh MPS.

Mengenai isu pencerobohan di Lahad Datu yang berlaku baru-baru iniWong menyifatkan sebagai satu sandiwara sahaja untuk menakut-nakutkan rakyat sahaja dan ini juga mungkin ada kaitan dengan RCI.

Wong selanjutnya menyarankan kepada masyarakat Cina agar bersatu padu penyokong kepada parti Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR untuk menentukanPakatan Rakyat menjadi tampuk pemerintahan selepas PRU thirteen nanti.

HADIR....Lebih 1000 masyarakat berbilang kaum yang menghadiri majlis RumahTerbuka Tahun baru Cina DAP.

ANG PAU...Wong bersama-sama pemimpin kanan DAP memberikan Ang Paw kepada Ketua Kumpulan Tarian Singa.

Ditanya mengen! ai tinda kan SAPP yang dikhabarkan mahu menyertai semula sebagai rakan dalam komponen Barisan Nasional (BN)selepas Yong TeckLee kecewa kerana permintaan kerusi sebanyak 40 untuk bertanding pada PRU thirteen ini nantiditolak oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali; Wong menjelaskan Presiden SAPP sejak dari dulu Yongmemang seorang tidak mempunyai pendirian tetap.

"Mungkin rakyat di Sabah masih ingat lagi semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, di mana pada masa itu SAPP masih dalam komponen BN Yong Teck Lee yang mendesak kepada Tun Abdullahmeminta jawatan menteri di kerajaan persekutuan, tetapi permintaannya ditolak lantas merajuk dan keluar dari BN sehingga membawa kesusahan kepada ADUN-ADUN dan ADR lainnya.

"Bagus juga. Kita tidak mahu ada sebuah parti dalam Pakatan Rakyat yang menjadi duri dalam daging seperti SAPP biarlah kalau itu pilihannya saya rasa pemimpin BN joke tidak akan menerima kemasukannya semula dalam BN sebab mereka tahu siapa Yong Teck Leesebenarnya yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan," ujarnya Steven Wong.
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: