Terbongkar! UMNO sekat ahli terima geran tanah dari kerajaan kelantan!



GUA MUSANG:Tanpa mengendahkan amaran Umno, sebahagian besar ahli dan penyokong Umno di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lebir tetap hadir pada majlis penyampaian geran tanah semalam.Lebih menggembirakan lagi apabila 54 ahli Umno yang hadir pada module berkenaan semalam menerima sendiri geran tanah disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Seorang peneroka Mat Omar, 60 yang mendiami RKT Lebir sejak 1981 berkata, Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah sudah lama menjanjikan mahu menyelesaikan masalah pemilikan tanah.
"Namun sampai sekarang tidak menjadi kenyataan. Beliau hanya cakap sahaja. Selepas lama menunggu kami mengusahakan sendiri dengan menyertai jawatankuasa khas ditubuh kerajaan negeri."Kerajaan negeri hanya mengenakan bayaran premium RM10 sahaja bagi lot rumah seluas suku ekar. Kalau ikut proses biasa saya difahamkan kena bayar RM2,000 bagi setiap lot," katanya di sini semalam.
Beliau mengakui peneroka dibawa ke RKT Lebir pada 1980 bagi menguatkan Umno di Gua Musang. Malah tapisan dibuat memastikan hanya ahli Umno diterima sebagai peneroka di bawah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).Pada majlis semalam Mat Omar juga menyerahkan sumbangan yang dikutip dalam kalangan peneroka bagi mengisi dana lebuh raya rakyat kepada Menteri Besar.Adun Paloh dalam kenyataan media hari ini memberitahu kerajaan negeri tidak sepatutnya memberi geran tanah kepada peneroka kerana kawasan itu diurus Kesedar sejak sekian lama.
Kemarahan Nozula dapat dilihat apabila kira-kira 40 peneroka warga emas dikumpul di simpang tig! a di Pal oh 2 membantah penyampaian geran tersebut.(gambar)
Mereka berhimpun dengan membawa pelbagai sepanduk yang ditulis tidak mahu kerajaan negeri campurtangan di Kesedar.Ahli Umno di RKT Lebir, Mahmud Abdul Rahman, 61 berkata, beliau juga menerima panggilan telefon daripada seorang pemimpin Umno supaya keluar menyertai demontrasi."Saya joke pelik dengan perbuatan mereka, sedangkan kita susah payah datang dari kampung sejak berpuluh tahun lalu untuk mendapatkan tanah sendiri.
"Sebelum ini macam-macam pemimpin Umno buat tomahan termasuk kononnya geran tanah palsu. Biar joke sebagai ahli Umno saya tidak boleh terima tindakan mereka," katanya.Beliau juga berkata, geran hak tanah lebih penting berbanding demontrasi yang tidak ada tujuan dan merugikan peneroka sendiri.
Penghuliu Mukim Chalil, Norazmi Abdullah berkata, kesemua 172 peneroka diberi peluang untuk memohon mendapatkan geran lot kediaman mereka tanpa mengira menyokong parti mana.Katanya, sebahagian besar peneroka termasuk ahli dan penyokong Umno mengisi borang permohonan kecuali mereka yang mempunyai jawatan dalam Umno."Mereka takut kerana ada tekanan pemimpin Umno di atas. Namun saya percaya mereka juga akan mengikut jejak 54 ahli Umno yang sudah mendapat geran hari ini," katanya. ~harakahdaily
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: