Separuh Bayaran Beli Kenderaan Adalah Untuk Membayar Cukai


Skuad BO

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/forum%20bkt%20tunggal1.jpgKUALA NERUS- Setiausaha Dewan Ulamak PAS Malaysia, Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata dalam prinsip ekonomi Islam diharamkan seseorang peniaga melakukan perbuatan monopoli dalam menjual sesuatu barangan yang menyebabkan harga barangan dikawal oleh satu pihak sahaja.

Sebab itulah katanya, cerita harga gula naik harga, harga tepung naik harga adalah akibat dari kegiatan monopoli.

Beliau menjelaskan, ada empat keperluan dalam hidup manusia seharian iaitu rumah kediaman, makanan, pakaian dan keperluan kenderaan yang perlu disediakan oleh pemerintah dan tidak boleh dikawal.

Namun begitu, beliau berkata, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) gagal menjadikan ajaran Islam dan contoh tauladan seize Muhammad SAW, justeru telah mengawal keperluan hidup tersebut.

Antaranya, kata beliau adalah harga kenderaan yang tinggi kerana dikenakan cukai yang banyak dikenakan oleh pemerintah.

"Harga kereta kita (kalau) RM40,000, lebih kurang antara RM15,000 hingga RM16,000 adalah cukai, (kalau) bayar sebanyak RM400 sebulan sebagai ansuran beli kereta, diantara RM150 hingga RM200 (sebenarnya) adalah untuk membayar cukai kepada pemerintah,"ujarnya.

oleh itu, beliau menyeru supaya rakyat membuat perubahan memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang yang menjanjikan harga kenderaan lebih murah.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Forum Perdana RasuluLlah SAW sebagai Ikon Ekonomi, yang dadakan di Kampung Bukit Tunggal, dekat sini pada Isnin eleven Februari.

Beliau yang menjadi moderator Forum yang membariskan ahli row terdiri daripada ADUN Bukit Tunggal, YB Dr Alias Razak, Aktivis NGO Gabunfan Anak terengganu Hj Ahmad Amzad Hashim dan pedakwah ! terkemuk a! Ustaz Haalin Baharin.

Dr Khairudin berkata, Islam mempunyai kaedah dalam menyelsaikan ekonomi ummah, antaranya hadis RasuluLlah SAW yang memberikan panduan bahawa rakyat dan pemerintah, berkongsi dalam tiga perkara; air, api dan padang ragut.

Pemerintah tidak boleh memperniagakan ketiga-ketiga perkara tersebut dan meletakkan harga yang tinggi, lalu menyusahkan hidup rakyat.
Dicatat olehELBI RISALAH
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: