Mengapa kaum cina menolak UMNO





Salah satu penyebab kaum cina menolak UMNO iaalah keujudan sebuah NGO yang bernama PERKASA. Kaum cina menganggap PERKASA ditubuhkan untuk mengekang kemaraan kaum cina untuk bebas bersuara dan bertindak mengikut sesuka hati. Inilah yang menyebabkan kaum cina membenci PERKASA.

Oleh kerana kebanyakan atau hampir semua pemimpin2 dan ahli2 PERKASA itu terdiri dari orang2 UMNO atau bekas pemimpin2 UMNO, maka dengan secara tidak langsung mereke menganggap PERKASA itu UMNO. Walaupun pada hakikat nya PERKASA dan UMNO itu berlainan dan tiada hubung kait nya dalam politik.

Hingga kini pemimpin2 UMNO masih lagi gagal untuk meyakinkan kaum cina bahawa UMNO dan PERKASA tidak ada apa2 kaitan nya langsung. Pada PRU-13 ini, UMNO akan pasti akan kehilangan sokongan dari kaum cina. UMNO hanya bergantung haraf kepada orang melayu sahaja.

Perpecahan kaum melayu akan memburukan lagi keadaan UMNO. Walaupun bilangan kaum melayu yang menolak UMNO itu kecil, tetapi ianya boleh menggugat kedudukan UMNO di kawasan2 majoriti bukan melayu dan melayu hampir sama banyak nya.

UMNO langsung tiada berpeluang di kawasan majoriti kaum cina, ini telah terbukti pada PRU-12 di mana hampir semua calun2 BN di tewaskan. Pendek kata sekarang sudah tidak ujud lagi 'kawasan selamat' bagi UMNO. Kebangkitan rakyat yang begitu mendadak untuk menentang kerajaan BN sangat merisaukan pemimpin2 UMNO.

Posted by
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: