Pemuda buat bantahan bukan ahli PAS Seremban


Laporan polis itu dibuat di IPD Seremban berhubung kenyataan media Mohd Abi Naufal yang mengaku beliau dan tujuh pemuda yang terbabit merupakan ahli PAS.
SEREMBAN: Kepimpinan PAS Seremban dan Pemuda PAS Negeri Sembilan hari ini membuat satu laporan polis terhadap Mohd Abi Naufal Mohd Sohaimi serta tujuh lagi pemuda yang mengadakan bantahan meminta PAS keluar dari Pakatan Rakyat di Seremban semalam.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban berhubung kenyataan media Mohd Abi Naufal yang mengaku beliau dan tujuh pemuda yang terbabit dalam bantahan semalam merupakan ahli PAS.
Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman mengesahkan bantahan yang diadakan semalam bukan bantahan daripada PAS.
"Saya ingin mengesahkan Mohd Abi Naufal bukan ahli PAS. Malah kami tidak kenal salah seorang joke di antara mereka.
"Ini satu penipuan yang disebarkan di dalam media arus perdana.
"Pertamanya kita rasa ini satu langkah untuk menipu rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.
"Kedua, usaha mengelirukan rakyat dalam penglibatan PAS dalam isu kalimah Allah.
"Ketiga, usaha mengeruhkan persahabatan dan persefahaman yang ada dalam Pakatan Rakyat.
"Kami minta polis siasat individu-individu terbabit ," kata MK Ibrahim.
Cawangan Rasah dan bahagian Seremban tidak wujud
Timbalan Yang DiPertua PAS Seremban, Ghazali Mohd Som berkata pemuda yang hadir membuat bantahan dalam keadaan yang amat memalukan dengan menutup muka.
"Terpaksa buat dengan lapan orang sahaja dengan menutup muka. Mata joke tak nam! pak. Mer eka terdesak. Satu cara yang biadap dan murah untuk dapatkan sokongan pengundi.
"Dia (Mohd Abi Naufal) mengaku ahli cawangan PAS Rasah. Sebenarnya cawangan PAS Rasah tidak wujud sama sekali. Yang wujud ialah PAS Kawasan Rasah.
"Mohd Abi Naufal juga mengaku dia ahli PAS bahagian Seremban. Di dalam PAS tidak ada PAS bahagian Seremban. Yang ada ialah PAS kawasan Seremban. Dalam PAS tidak ada 'Bahagian'.
"Ini satu-satunya kenyataan yang pale terang mengambarkan orang ini tidak tahu buat 'kerja' tapi dipaksa buat 'kerja' macam itu.
"Jelas bahawa ini satu gerak kerja yang dirancang oleh mereka untuk menjadikan suasana yang tidak sepatutnya berlaku," jelas Ghazali.
Semakan FMT mendapati sama ada bahagian (Umno) atau kawasan (PAS); Rasah dan Seremban sebenarnya dua kerusi Parlimen yang berbeza.
Semalam sekumpulan lapan pemuda yang mendakwa diri mereka ahli PAS mengadakan bantahan di Seremban mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.
Mohd Abi Naufal yang mengaku beliau ahli PAS cawangan Rasah dan bahagian Seremban menyarankan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan membiarkan petugas PAS bersendirian di Negeri Sembilan.
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: