KERUSI INANAM MILIK SIAPA SELEPAS PRU-13?




Oleh : MOHD DANIAL ADULLAH
PADA pilihanraya umum 2008 lalu, kerusi N13 INANAM merupakan antara kerusi pale sengit direbut seramai 4 orang calon yang mewakili BN, PKR, DAP dan bebas. Hanya dengan perpecahan undi pembangkang, calon PBS yang mewakili BN, iaitu Johny Goh, menang dengan majoriti 1,686 undi.

Namun persoalannya, mampukah Johny Goh atau siapa sahaja calon BN mempertahankan lagi kerusi berkenaan kerana jika dikaji gabungan undi PKR dan DAP pada 2008 sejumlah 7,157 undi iaitu masing-masing PKR 4,293 undi dan DAP 2,864 undi.
Senario ini bermakna pada PRU-12, pengundi Inanam sebenarnya sudah membuat keputusan untuk menolak calon BN kerana undi yang diperolehi BN hanya sekitar 5,979 undi sahaja.

Adakah dengan gelombang sentimen aphorism 'TUKAR' maka calon BN dapat mengekalkan kerusi tersebut? Memandangkan Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan telah mengesahkan bahawa Johny Goh akan dikekalkan mewakili DUN Inanam, maka beliau mungkin ditakrifkan sebagai 'WINNABLE CANDIDATE'.

Jika Johnny Goh dikekalkan, maka ramai pemerhati politik berani bertaruh bahawa beliau akan menyebabkan BN kecundang di kerusi tersebut dengan syarat satu lawan satu.

Dikhabarkan STAR bakal meletakan pemimpin lantang memperjuangkan hak-hak Sabah iaitu Daniel John Jambun; manakala DAP akan menurunkan Jefrey Kumin sekali lagi.

Jika berlaku pertandingan tiga penjuru, maka adala! h satu k elebihan bagu BN untuk mengekalkan kerusi ini. Namun atas dasar ingin menumbangkan BN maka mereka berharap agar DAP dapat berunding dengan STAR supaya membatalkan niat mereka meletakkan calon di Inanam.

Maka dengan itu, hasrat penduduk Inanam yang inginkan Wakil Rakyat baru akan tercapai selepas PRU thirteen nanti bagi menggantikan 'Ayam Karan' yang sewajarnya disembelih kerana tidak lagi produktif.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: