Evolusi Cara Negara China Bakri Musa

February 11, 2013

Evolusi Cara Negara China BakriMusa

http://suaris.wordpress.com/2013/01/31/evolusi-cara-negara-china-dr-bakri/

Liberating the Malay MindDALAM wawancara ketiga ini, Dr Bakri Musa bercakap berkenaan kaedah terbaik memajukan bangsa Melayu. Beliau memilih kaedah evolusi dengan mengambil contoh negara China mencipta kejutan kepada ekonomi dunia. Menurutnya, tidak sampai satu generasi, China di bawah pemerintahan Deng Xiaopeng telah menukar lanskap China dari sebuah negara mundur menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar dunia.

Dr Bakri menolak sebarang kaedah berbentuk revolusi, yang sering dianggap mencetuskan perubahan ke atas sesebuah masyarakat, sebaliknya himpunan evolusi akan menghasilkan sebuah 'revolusi' yang lebih baik.

Ikuti temubual selengkapnya.

Suaris Dalam banyak tulisan Dr mencadangkan kaedah yang lebih berbentuk evolusi dalam mengubah cara berfikir dan bertindak orang Melayu. Yang manakah lebih berkesan? Adakah orang Melayu perlu dikejutkan dengan suatu revolusi sebagaimana pengalaman sejarah Jepun atau Korea yang berjaya menghasilkan lompatan kuantum kepada kejayaan mereka hari ini.

Bakri Musa Bila Mohamed Bouazizi membakar dirinya di Tunisia pada Januari 4, 2011, bukan tujuannya untuk mencetus rusuhan atau revolusi. Dia hanya sudah putus asa, tiada harapan lagi. Tetapi perbuatan peribadinya mengakibatkan pertukaran bercorak "revolutionary" bukan sahaja di Tunisia bahkan di seluruh dunia Arab.

Gamal Nasser berkobar-kobar hendak merevolusikan negara Arab. Akibatnya Mesir hampir dihentam habis oleh Israel pad! a 1967. (Allahyarham Dato') Senu Abdul Rahman serta pemimpin-pemimpin Melayu seperti Abdullah Badawi dan cendekiawan-cendekiawan kita begitu juga bergiat dengan "revolusi mental" mereka. Sekarang buku yang dikarang mereka dengan tajuk yang sama susah joke nak dapat dicari, dan bangsa Melayu masih begitu juga!

Sama ada satu pertukaran itu "evolusi" atau "revolusi" tergantung bukan atas niat dan tindakan tetapi (atas) akibat dan keputusan. Bouazizi berniat dan bertindak hanya untuk memutuskan penderitaannya, tetapi akibatnya melancar satu revolusi dunia Arab yang menjatuhi orang kuat seperti Mubarak dan Gaddafi.

"Evolusi" saya maksudkan satu pertukaran atau perbuatan yang sikit demi sedikit dan perlahan-lahan, sementara revolusi ialah perbuatan atau pertukaran yang kasar dan merompak. Kita sedia maklum bahawa gunung boleh diruntuhkan dengan menyembur air dikakinya (seperti melombong bijih pada masa dulu) atau dengan melempar bahan letupan. Akibat kedua- duanya sama saja.

James C. Scott, seorang ahli sains politik, pernah membuat kajian masyarakat kita di jelapang padi Kedah pada tahun lapan puluhan. Di dalam bukunya Weapons of the Weak (Senjata Si Lemah), ia mengunakan kiasan lain. Bila kapal negeri terhempas ke atas batu karang, kita lupa bahawa batu karang itu adalah akibat beratus-ratus tahun dibina sikit demi sedikit atas rasa benci dan tentangan rakyat yang tidak ternampak (evolusi). Yang ternyata pada pandangan umum ialah kapal itu tenggelam dengan cepat (revolusi).

Kajian dan keputusan saudara mengenai Jepun dan Korea Selatan kurang tepat. Betul, bila dipandang sekarang akibat pertukaran masyarakat mereka memang "revolutionary" tetapi langkah-langkah yang diambil oleh pemimpin mereka semuanya cara sikit demi sedikit dan melingkungi beberapa dekad.

Jepun seumpamanya selepas Meiji Restoration (1868) menghantar ribuan Bakri Musakakitangan kerajaan dan guru-guru ke Barat untuk mengkaji cara pemerintahan dan pendidikan. Mereka bukan di hantar seminggu dua cara "cuti belajar" bahkan bertahun-tahun. Hingga sekarang Jepun masih mengambil ribuan guru Inggeris dari Barat. Itu semuanya pertukaran "evolusi" bukan "revolusi." Kita ambil dua tiga kerat guru dari Amerika melalui rancangan Fulbright kita hebohkan dan sifatkan revolutionary!

Begitu juga Korea Selatan. Dalam tahun tujuh puluhan beribu-ribu pelajar Korea dihantar ke Amerika untuk mengambil ijazah lanjutan dalam sains dan kejuruteraan. Bila Presiden Pak melawat Amerika dia berjumpa dengan pelajar-pelajar tersebut dan memikat serta memujuk mereka balik, termasuk mereka yang pernah menentang dia. Bila balik, mereka diberi kemudahan seperti duit pinjaman untuk membuat perusahaan sendiri.

Bakri's BookBandingkan dengan Perdana Menteri Najib; penuntut yang dijumpainya ialah "flunkie" Petronas University bernama Saiful, kononnya mencari scholarship! Saya mengupas lebih mendalam cerita Jepun dan Korea Selatan (serta Ireland dan Argentina) dalam buku saya Malaysia In The Era of Globalization (2002).

Menyambung pandang (ke) timur, contoh yang lebih dekat dari segi tempat serta masa ialah Negara China. Mao Zedong berkobar-kobar merevolusikan negeri dan masyarakatnya. Akibat nya beratus-ratus juta rakyat China mati kebuluran. Beratus-ratus juta! Makanya, keselurohan Negara China hancus! Masok Deng (Xiaopeng), dia tidak berikrar "merevolusikan," atau menguna istilah Najib, "mentranformasikan" masyarakat China.

Kepada Deng, dia tidak kira apa warna kucing asalkan ia dapat menangkap tikus. Itu saja! Dengan itu dia berjaya menukar fikiran rakyat, dan seterusnya corak bangsa dan negara China. Sekarang, tak sampai satu keturunan pun, negara China sudah melebih! i ekonom i Jepun dan Jerman, serta mengancam membuat demikian kepada ekonomi Amerika.

Jiran kita Indonesia tak habis-habis berevolusi di bawah pimpinan Sukarno, tetapi rakyatnya berterusan menganggur dan bangsat. Mahathir joke bersemangat begitu juga untuk menukar corak budaya dan bangsa kita. Akhirnya, dia yang menangis.

On MalaysiaMengikut kiasan kebun saya dahulu, revolusi ialah menyembur racun Roundup merata-rata. Betul itu akan membunuh lalang tetapi malangnya tanaman yang berguna joke habis juga di kebas. Sebaliknya, dengan evolusi kita ambil Roundup dan curahkan sedikit demi sedikit ke akar lalang sahaja, jadi tanaman lain tidak diracun dan boleh gembur sebab tiada lawanan daripada lalang. Bahkan, lalang itu betul-betul diracuni dengan pekat; ia tak akan boleh timbul lagi.

Merdekakan Minda Melayu, seorang demi seorang, dengan cara evolusi, akibatnya nanti akan menghairankan kita dan semestinya dianggap revolusi. Minda Melayu yang merdeka akan mengejutkan masyarakat kita. Apabila minda kita merdeka, kita tidak boleh lagi dijajah, atau mengikut istilah ahli falsafah Algeria Malek Bennabi, tidak lagi "colonizable."

Yang indahnya, bila minda kita merdeka, kita akan terus terang nampak bahawa tanaman yang mewah hijau dan tinggi di dalam kebun kita itu ialah lalang dan bukannya alfalfa (rumput seperti lalang tetapi bernilai tinggi sebagai makanan binatang ternakan) yang disifatkkan oleh ketua peladang kita.

Be a Man, My Son


Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: