TUN M DEDAH HELAH DAP UNTUK PANCING UNDI MELAYU!

Perubahan mengejut keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merupakan satu helah politik parti itu untuk memancing undi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

DAP, katanya, terpaksa memperbetulkan keputusan rasmi pemilihan yang dikeluarkan pada 15 Disember lalu berikutan kesemua lapan calon Melayu mengalami kekalahan teruk dalam pemilihan parti itu.

Beliau berkata, strategi DAP yang mengubah keputusan pemilihan tiga minggu selepas pemilihan sebenar berlangsung itu hanya bertujuan memperbodohkan Melayu.

Itu bukan silap (DAP). Cara (pemilihan) itu betul tetapi apabila DAP mendapati tiada langsung pemimpin Melayu dalam DAP, dia (DAP) kata dia silap.

Tak kan lah begitu bodoh sekali sehingga nak kira undi joke tak tahu. Kalau dia (DAP) tak tahu nak kira undi, tak payah lah nak jadi kerajaan.

Itu satu political ploy (helah politik). Ini semua mengarut. Sebenarnya, semua calon Melayu tidak terpilih langsung, katanya apabila diminta mengulas kesilapan keputusan pemilihan CEC DAP baru-baru ini.

Sebelum itu, Dr Mahathir menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

DAP yang didominasi kaum Cina dikritik pelbagai pihak apabila kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan CEC tersingkir setelah kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP bulan lepas.

Namun, pada minggu lepas, DAP mengumumkan berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Zairil Khir Johari yang pada mulanya kalah, menjadi calon Me! layu tun ggal yang memenangi pemilihan CEC.

Sumber: Klik sini

No comments: