Tak lama lagi, akan beredar di rumah anak yatim seluruh negara, bahan sisa dari hotel mewah yang hanya beberapa ketika sahaja untuk luput penggunaannya.
Itulah yang dilakukan suami perdana menteri, Rosmah Mansor yang mencadangkan agar Program Roti 1Malaysia diperluas untuk meliputi pusat pendidikan awal kanak-kanak PERMATA naungannya.
"Saya ingin merayu dan mencadang untuk pertimbangan program Roti 1Malaysia mungkin anda boleh pertimbang secara serius untuk memperluas program ini ke semua pusat PERMATA kami di seluruh negara," katanya semasa pelancaran program tersebut di Kuala Lumpur hari ini.
Program Roti 1Malaysia merupakan usaha untukmengumpul roti lebihan daripada hotel mewah untuk diagihkanke badan kebajikan, rumah kebajikan dan golongan memerlukan.
"Pastikan! roti dan croissant ini sampai kepada anak-anak ini, sebab saya tidak fikir anak-anak daripada pusat PERMATA pernah mengecapi croissant.
"Jadi tolonglah beri mereka peluang untuk merasaicroissant bukan sahaja anak-anak di rumah (jagaan) tetapi juga di pusat PERMATA," katanya.
Croissantmerupakan pastri dengan lapisan mentega berbentuk bulan sabit.
Pelancarannya dilakukan di sebuah hotel mewah di Cyberjaya sebentar tadi.
- Jalan Pulang Read More @ Source
More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR)! | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment